Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan jemaah haji supaya mematuhi peraturan serta undang-undang Kerajaan Arab Saudi dengan mengelakkan diri dari terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang tuan rumah.
Tambah Datuk Seri Najib, langkah keselamatan tambahan juga telah dilaksanakan kerajaan Arab Saudi susulan kejadian keganasan yang berlaku di perkarangan Masjid Nabawi pada bulan Ramadan lepas.
"Saya diberitahu kerajaan Arab Saudi sudah melaksanakan langkah keselamatan tambahan, seperti imbasan 10 cap jari secara biometrik.
"Mesin imbasan ini juga diletak di pintu masuk hotel dan juga gelang yang mempunyai cip bagi memastikan keselamatan para jemaah sepanjang menjalankan ibadat," kata Najib dalam ucapannya pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji ke Tanah Suci di Kelana Jaya, pada Khamis.
Kata Perdana Menteri, kerajaan melalui Tabung Haji telah meneruskan subsidi kepada jemaah haji.
"Pada tahun ini, jemaah haji akan menerima subsidi sebanyak RM8,910 seorang dengan kos keseluruhan subsidi haji dijangka berjumlah RM160 juta.
"Langkah ini kerajaan laksanakan semata-mata untuk menjaga kebajikan jemaah haji dan memberi mereka peluang mengerjakan haji ke Tanah Suci walaupun kos mengerjakan haji terus meningkat setiap tahun," kata beliau.
Anasir tidak sihat
Perdana Menteri juga menasihati para jemaah supaya mengelak daripada mencemarkan nama baik Malaysia .
"Jaga akhlak dan jauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej serta nama baik negara dan hubungan baik Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi," pesan beliau.
Pada majlis kali ini, beliau berucap kepada kumpulan kedua, melibatkan 450 jemaah yang akan berlepas dari KLIA ke Madinah pada jam 4 petang menggunakan pesawat Boeing 747-400, SV5401 milik Saudi Airlines.
Tahun ini, 47 penerbangan disediakan bagi membawa 22,320 bakal jemaah haji ke Tanah suci.
Dari segi aspek kesihatan, Tabung Haji menyaran para jemaah untuk beri perhatian terhadap kesihatan memandangkan cuaca diramalkan lebih panas.
Tabung Haji turut menggunakan 50 penerbangan direct transit ke KLIA dari stesen-stesen berlepas dari seluruh negara iaitu Alor Setar (9 penerbangan); Bayan Lepas (10 penerbangan); Senai (11 penerbangan); Kuala Terengganu (6 penerbangan); Kota Kinabalu (3 penerbangan); Kuching (3 penerbangan) dan Kota Bharu (8 penerbangan).
Dania Zainuddin
Thu Aug 04 2016

Dari segi aspek kesihatan, Tabung Haji menyaran para jemaah untuk beri perhatian terhadap kesihatan memandangkan cuaca diramalkan lebih panas. - Gambar fail

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Berpelukan beramai-ramai dalam lubang rahsia, elak dicekup polis
Gara-gara ingin mengelak dari dicekup pihak berkuasa, 20 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing sanggup bersembunyi sambil berpelukan dalam bilik sebesar tandas.

Jemaah haji perlu hindari aktiviti menyalahi undang-undang Arab Saudi
Menurut Datuk Seri Najib Razak, langkah keselamatan tambahan juga telah dilaksanakan kerajaan Arab Saudi susulan insiden keganasan di Masjid Nabawi Ramadan lepas.