MEKAH: Jemaah haji Malaysia dilihat lebih bersedia, berpeluang melakukan ibadah dengan selesa dan sentiasa mengikut nasihat petugas Lembaga Tabung Haji (TH).
Pengarah Operasi Bimbingan TH, Ustaz Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, pandangan itu berlandaskan post mortem bersama petugas lain selepas beberapa kumpulan jemaah selesai melakukan umrah pertama apabila tiba di Mekah.
"Menerusi maklum balas jemaah didapati tiada masalah besar yang mereka hadapi kerana mereka dapat melakukan tawaf dengan selesa kerana tidak ramai yang berada di sekeliling Kaabah.
Keadaan tersebut adalah susulan peraturan Kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan mereka yang perlu melakukan umrah sahaja berada di situ," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan ibu pejabat TH dan penginapan jemaah di Abraj Al Janadriyah.
Kata Tengku Aziz, pemahaman tentang ibadah umrah dan haji juga semakin baik malah rata-rata jemaah hanya menyuarakan kebimbangan tentang masalah kecil sahaja, yang tidak akan membatalkan ibadah itu.
Selain itu, beliau yakin bahawa kursus yang dianjurkan TH sebelum jemaah berangkat ke Tanah Suci menjadi salah satu faktor yang membantu mereka melakukan ibadah sebaiknya, selain peranan petugas TH di sini yang memberi penerangan dari semasa ke semasa.
Tengku Aziz berkata setiap rombongan akan dibahagi kepada beberapa kumpulan yang terdiri 100 jemaah di bawah bimbingan dua orang Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (Pihtas) serta beberapa petugas Maktab (penginapan) masing-masing.
Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata TH menyediakan program latihan secara berterusan kepada bakal haji sebelum mereka ke Tanah Suci.
Katanya, pelbagai medium latihan termasuk kursus haji secara dalam talian juga telah disediakan bagi memastikan jemaah sentiasa mendapat panduan bukan sahaja berkaitan ibadah tetapi juga panduan kendiri, termasuk menjaga kesihatan serta kebersihan, lebih-lebih lagi semasa di Arafah dan Mina.
"Bertepatan dengan penjagaan kesihatan dan kebersihan, TH akan meneruskan kempen kebersihan di kalangan jemaah haji, sepertimana dengan tuntutan agama Islam.
Alhamdulillah, pada musim haji 2017 dengan sokongan dan kerjasama dari Muassasah Asia Tenggara, kita telah berganding bahu menyertai jemaah haji dalam kempen menjaga kebersihan di Arafah dan Mina. Ini diperluaskan ke Mekah pada tahun berikutnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taaruf antara barisan kepimpinan Syarikat Tewafah Asia Tenggara ( dulu dikenali sebagai Muassasah Asia Tenggara) dan Rombongan Haji Malaysia, malam tadi.
Katanya pengendalian jemaah tahun ini diharap lebih baik dari sebelumnya dan ia akan dapat dicapai menerusi kerjasama erat bersama Syarikat Tewafah Asia Tenggara dan kerajaan Arab Saudi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022
Pemahaman tentang ibadah umrah dan haji juga semakin baik malah rata-rata jemaah hanya menyuarakan kebimbangan tentang masalah kecil sahaja, yang tidak akan membatalkan ibadah itu. - Gambar hiasan/Reuters
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
AWANI Tonight 24 Jan 2025
AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. WEF 2025: Shaping the future of Gen AI
2. Govt gives 50% toll discount for CNY
1. WEF 2025: Shaping the future of Gen AI
2. Govt gives 50% toll discount for CNY
Its About YOUth: Advancing disability rights in Malaysia
The challenges, rights, and support for persons with disabilities deserve attention every day of the year. Hasbeemasputra Abu Bakar and his colleague from SIUMAN Collective share their lived experiences and discuss how Malaysia should make inclusivity the norm.
Bekas pengurus syarikat rugi RM2 juta terperdaya penipuan pelaburan
Harapan seorang bekas pengurus syarikat untuk mengaut keuntungan segera musnah selepas kerugian kira-kira RM2 juta akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.
Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.
Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.
MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari - Saifuddin Nasution
Aplikasi MyBorderPass mencatatkan lebih 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari sejak diperkenalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg) awal bulan ini.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh Trump.
AWANI Tonight: Next for Gen AI - Mimicking human cognitive abilities
Global economic leaders expressed cautious optimism about the year ahead on the final day of the World Economic Forum 2025. Astro AWANI’s Lead Editor, Najib Aroff, reports from Davos, Switzerland.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.