Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, panduan Perlembagaan akan dilaksanakan untuk tugas rasmi sepanjang ketiadaan baginda.
"Kita berpandukan pada Perlembagaan Persekutuan. Ada mekanisme dan tempohnya, jadi kita akan turuti seperti apa yang ada dalam perlembagaan," katanya dalam sidang media mingguan kementerian, pada Jumaat.
Beliau menjawab soalan media mengenai jika ada pengganti yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda.
Terdahulu, Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaklumkan Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Dalam pada itu, Fahmi juga memaklumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan menyampaikan kenyataan di Parlimen pada 13 Feb ini, berkait isu beras dan harga lantai padi.
"Sejurus selepas itu, akan diadakan perbahasan jadi kita sama-sama tunggu kenyataan rasmi beliau," katanya.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)