KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia awal pagi hari ini.
Jurucakap Kerajaan MADANI Fahmi Fadzil berkata Allahyarham yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak mempunyai banyak jasa terhadap pembangunan dan permodenan negeri tersebut.
"Sudah pasti kesan daripada pentadbiran dan tempoh beliau sebagai Yang Dipertua Negeri memainkan peranan sangat penting dalam pembangunan dan permodenan Sarawak sehingga apa yang kita lihat hari ini.
"Pemergian Allahyarham sudah pasti cukup mendukakan dan hiba....penting juga untuk kita kenang jasa bakti Allahyarham," katanya ketika dihubungi Bernama Radio di sini hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata Minggu Perpaduan 2023 yang diadakan di Kuching pada Mei tahun lepas adalah acara terakhir beliau bertemu dengan Tun Abdul Taib.
"Saya lihat Allahyarham keuzuran tapi beliau tetap gagah teruskan kerja pada waktu itu," katanya.
Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi ini.
Pengurusan jenazah Allahyarham dilakukan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching untuk dikebumikan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
![Jemaah Menteri rakam takziah kepada keluarga Tun Abdul Taib Mahmud Jemaah Menteri rakam takziah kepada keluarga Tun Abdul Taib Mahmud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708481924_fahmifadzil.jpg)
Fahmi berkata Allahyarham yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak mempunyai banyak jasa terhadap pembangunan dan permodenan negeri tersebut. - Foto BERNAMA
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720795271_TBRaghad.jpg)
Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis
Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis selepas mendakwa dihalang memasuki kediamannya di Kuching, Sarawak, minggu lalu.
![Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708644573_TaibMahmud.jpg)
Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri
Dengan rizab sebanyak itu, Sarawak tidak risau apabila tiba-tiba menjadi pembangkang sewaktu PH ambil alih tampuk kepimpinan pada 2018.
![Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708594892_TBTAIBMAHMUDjpg.jpg)
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.
![Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708595158_TBTAIBMAHMUDj.jpg)
Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.
![Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708581174_TBIstiadatPenghorma.jpg)
Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat membanjiri Atrium DUN Sarawak bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri buat Tun Abdul Taib Mahmud.
![Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708478142_TunAbdulTaibMahmu.jpg)
Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
![Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708568935_TBtaibmahmudj.jpg)
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
![Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708564623_TaibMahmud.jpg)
Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini
Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.
![Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708485458_TaibMahmud.jpg)
Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham Abdul Taib untuk negara khususnya Sarawak amat besar.
![Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708510981_TBTaibMahmud.jpg)
Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud
Raja-raja Melayu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia.