Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim hari ini secara rasmi dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-26.
Zulkiple dilantik bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Majlis Serah Terima Tongkat Kuasa itu berlangsung di Dataran Panglima Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.
Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Panglima Medan Barat Tentera Darat selama kira-kira enam tahun menggantikan Raja Mohamed Affandi, 59, yang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-19.
Zulkiple, 57, memulakan khidmatnya dalam Tentera Darat pada 7 April 1978 selepas menamatkan pengajiannya di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England.
Berpengalaman lebih 38 tahun dalam pasukan, Zulkiple merupakan lulusan dari Defence and Strategic Studies Course di Army Command and Staff College, Australia.
Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia.
Sebelum ini, Zulkiple turut memegang beberapa jawatan penting dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antaranya menjadi penasihat ketenteraan Kementerian Pertahanan pada 1998, Pengarah Ifantri (2001) serta Ketua Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (2005).
Zulkiple ketika ditemui Bernama berkata pengekalan tahap profesionalisme di kalangan anggotanya antara perkara yang akan ditekankan dalam kepimpinan beliau.
"Amanah ini saya akan pegang dengan penuh integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab," katanya.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Panglima Medan Timur Tentera Darat Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 16 2016
Panglima Tentera Darat Ke-26 Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim pada majlis Perbarisan Serah Menyerah Tugas dan Tongkat Kuasa Panglima Tentera Darat di Kem Sungai Besi hari ini. - Foto Bernama
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Polis menumpaskan sindiket curi bungkusan oleh pekerja sebuah syarikat kurier selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
Pembinaan semula Gaza dianggar 1 trilion dolar
Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai CEAPAD, memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Kabinet Israel telah meluluskan perjanjian dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, untuk melaksanakan gencatan senjata serta pembebasan tahanan di Semenanjung Gaza.
TikTok mula ditutup di AS esok kecuali jika Biden campur tangan
TikTok menyatakan perkhidmatannya akan dihentikan di Amerika Syarikat pada Ahad ini jika pentadbiran Presiden Joe Biden tidak memberikan jaminan.
Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keraguan terhadap perjanjian gencatan senjata di Gaza.
MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.
JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.