SINTOK: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan tindakan dan perbuatan tidak sensitif oleh pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai biadab.
Beliau berkata tidak ada manusia yang waras dan rasional boleh menerima jenaka yang berunsur memperlekeh, menghina dan mempersenda seperti yang dilakukan wanita itu, walaupun atas nama kebebasan bersuara.
"Kita harap ia kes terpencil, kerajaan Singapura telah membuat kenyataan (maaf) secara terbuka dan beberapa pemimpin kita pun sebut secara terbuka (mengecam tindakan itu).
"Itu adalah contoh bagaimana kalau tidak ada adab, tidak ada disiplin, tak fikir perasaan orang lain, mempersenda peristiwa yang membawa kepada kehilangan nyawa dan kesedihan kepada orang tersayang yang ditinggalkan, dipersendakan begitu sahaja dan dianggap sebagai unsur jenaka," katanya ketika sesi Townhall Ikon MADANI di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan seorang mahasiswa yang ingin tahu pandangannya berhubung tindakan pelawak terbabit yang mempersenda dan memperlekehkan Malaysia termasuk tragedi MH370 yang melanda negara.
Mengulas lanjut pada sidang media selepas sesi itu, Saifuddin Nasution berkata rakyat Malaysia yang waras dan rasional perlu menjarakkan diri daripada menyokong watak atau individu yang melakukan jenaka yang tidak sensitif seperti itu.
"Jadi nasihat saya tak perlu ada langsung dalam kalangan rakyat Malaysia ini walau apa pun golongannya termasuklah pempengaruh sekalipun untuk ikut terbabit, lebih baik jarakkan diri," katanya.
Beberapa hari lepas, tular menerusi media sosial satu klip video yang memaparkan seorang pelawak wanita yang berasal dari Singapura memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk "Singapore vs Malaysia" yang diadakan di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Sementara itu, mengulas mengenai program townhall itu, Saifuddin Nasution berkata ia sebagai platform untuk memberitahu dan menjawab persoalan para mahasiswa mengenai isu-isu semasa.
"Saya ambil peluang ini untuk berdepan dengan mahasiswa mahasiswi, ini kelompok yang ada kematangan berfikir, kelompok penting yang layak mengambil bahagian dalam proses menentukan kepimpinan negara melalui pilihan raya.
"Sebab itu saya tekankan dalam townhall ini supaya tidak terikut-ikut dengan bawaan arus sebaliknya dalam sesuatu isu perlu lihat kepada fakta dan baik buruknya kes, itu penting sebab kelompok ini kalau kita pandu mereka boleh buat satu keputusan yang lebih baik, cermat," katanya.
Program Townhall Ikon MADANI merupakan inisiatif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia serta Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan yang berkonsepkan bual bicara menyasarkan pelajar dan bakal graduan di institusi pengajian tinggi.
Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PRIHATIN Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain dan Naib Canselor UUM Prof Dr Mohd Fo'ad Sakdan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas Sesi Townhall dan Perasmian Jelajah Ikon Madani di Universiti Utara Malaysia. - Foto BERNAMA

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Kes pelajar dilanggar: Takziah buat keluarga, beri ruang polis jalankan siasatan - Saifuddin
Saifuddin berkata kes yang berlaku di Ipoh, Perak itu sedang disiasat pihak polis dan tangkapan sudah dilakukan, selain kertas siasatan dibuka.

IPD baharu akan dibina di Kapit - Menteri Dalam Negeri
Kapit bakal mempunyai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu yang akan dibina dengan peruntukan sebanyak RM150 juta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara berkata bahawa Menteri Dalam Negeri boleh melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.

'Sanusi ditangkap? Saya tiada maklumat, itu bidang kuasa polis' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan beliau tidak mendapat maklumat sama ada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan ditahan atau tidak.

Jenaka Jocelyn Chia tidak sensitif, biadab - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata, tidak ada manusia yang waras dan rasional boleh menerima jenaka yang memperlekeh, menghina dan mempersenda itu.

Isu penipuan tawaran pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung penipuan pekerjaan itu diajukan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) kepada Menteri Dalam Negeri pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Ceroboh Menara Merdeka 118: Saifuddin akan dapatkan laporan penuh
Wanita warga Rusia yang terlibat dalam insiden itu telah mendedahkan perbuatan menceroboh menara tersebut di laman sosial media.

Menteri Dalam Negeri Jepun, Minoru Terada letak jawatan
Ini merupakan peletakan jawatan menteri ketiga dalam kabinet Perdana Menteru Fumio Kishida dalam tempoh kurang sebulan.

Selesaikan kes culik warga Palestin dalam tempoh 48 jam bukti ketangkasan PDRM - Hamzah
Kejayaan PDRM menyelesaikan kes penculikan seorang lelaki warga Palestin dalam tempoh 48 jam, memperlihatkan kesiapsiagaan pasukan keselamatan itu dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.