KUALA LUMPUR: Kes jenayah komersial menunjukkan trend peningkatan tahun ini berbanding tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Beliau berkata berdasarkan statistik JSJK, kes jenayah komersial untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini ialah 30,992 kes, lebih tinggi daripada jumlah kes yang dilaporkan sepanjang tahun lepas iaitu 30,536.
"Peningkatan kes jenayah komersial ini dipercayai akibat masalah ekonomi yang dihadapi sekarang dan angka kes pada tahun ini mungkin melonjak melepasi jumlah pada 2021 yang merekodkan 31,388 kes," katanya pada sidang media selepas melancarkan konvoi Kapcai Ride Anti Scam JSJK 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ramli berkata kerugian melibatkan jenayah komersial pada sembilan bulan pertama tahun ini adalah RM1.6 bilion dengan kes penipuan merekodkan jumlah keseluruhan paling tinggi iaitu RM1.24 bilion diikuti pecah amanah RM310.18 juta dan jenayah siber RM31.14 juta.
Beliau berkata bagi tempoh yang sama juga penipuan dalam talian mencatatkan 19,220 kes dengan jumlah kerugian RM687.6 juta dengan kerugian paling tinggi melibatkan pelaburan tidak wujud iaitu RM277.2 juta.
Ramli berkata orang ramai dinasihatkan berhati-hati sebelum melakukan sebarang pelaburan terutama yang menjanjikan pulangan terlalu lumayan.
"Slip bank yang didakwa sebagai bayaran dividen pelaburan juga boleh dipalsukan, jadi orang ramai perlu berhati-hati, periksa dengan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum melabur untuk mengetahui pelaburan berkenaan wujud atau tidak, sah atau tidak," katanya.
Konvoi selama dua hari itu disertai 65 orang yang akan menunggang motosikal ke Cameron Highlands, Pahang dan mengadakan kempen kesedaran antiscam kepada orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023

Ramli berkata, kes jenayah komersial untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini ialah 30,992 kes, lebih tinggi daripada jumlah kes yang dilaporkan sepanjang tahun lepas iaitu 30,536. - Gambar fail

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

4,290 kertas siasatan dibuka libatkan kerugian RM181 juta pada 2024 - JSJK Johor
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor membuka sebanyak 4,290 kertas siasatan dengan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM181 juta sepanjang tahun lepas.

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.

Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 426 individu ditahan
Polis melumpuhkan kira-kira 40 sindiket penipuan dalam talian menerusi operasi khas selama 12 hari bermula 25 Nov hingga 6 Dis lepas.

Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).

Polis tahan 11 individu terlibat jenayah 'Job Scam'
Polis Perak berjaya menyelesaikan 130 kes Penipuan Tawaran Pekerjaan Tidak Wujud (Job Scam) di seluruh negara berikutan penahanan 11 warga tempatan dalam Ops Khas.

Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.

Pecah amanah: JSJK dedah dua kes baharu oleh firma guaman, pelanggan rugi RM8 juta
JSJK mendedahkan dua kes terbaharu membabitkan jenayah pecah amanah oleh firma guaman melibatkan kerugian wang pelanggan berjumlah RM8 juta.

Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.

Dua lelaki bantu kegiatan ah long ditahan
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 29 dan 39 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan oleh pasukan risik dan operasi JSJK.

7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.