Terdahulu jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.
Kira-kira 1,000 jemaah menyertai solat jenazah yang diimamkan Ustaz Azmuley Abdul Aziz.
Turut hadir melawat Allahyarham ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan exco kerajaan negeri, pemimpin politik serta penduduk setempat.
Ishsam, 59, meninggal dunia pada 6.28 petang semalam di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dibawa ke hospital itu pada 5.40 petang.
Allahyarham sebelum itu dikatakan rebah ketika menyertai perlawanan persahabatan bola sepak 4 penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown Pulau Pinang.
Van yang membawa jenazah tiba di rumah Allahyarham di Desa Seri Ampang kira-kira 12.30 malam tadi selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik HPP.
Kematian Allahyarham kemudian disahkan akibat serangan jantung.
-- BERNAMA
