SIK: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek Datuk Mohd Isa Shafie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jering, Chepir dekat sini, kira-kira 11.30 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham Mohd Isa, 69, dibawa pulang dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani kira-kira 2 pagi tadi dan dimandikan serta disolatkan di rumahnya di Kampung Jelutong, di sini sebelum dibawa ke surau Kampung Jering untuk solat jenazah.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama isteri Tok Puan Jusmalailani Jusof turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya di Kampung Jelutong, Chepir dekat sini.
Dianggarkan kira-kira 1,000 orang menziarahi dan mendirikan solat jenazah yang diadakan di kedua-dua lokasi tersebut.
Mohd Isa dilaporkan meninggal dunia pada 11.23 malam tadi di HSAH, selepas dimasukkan ke wad hospital itu awal Mei lepas.
Anak bongsu Allahyarham, Ameeratul Akmar, 32, berkata bapanya demam pada 3 Mei lalu dan pada keesokan harinya terjatuh di bilik air dan dibawa ke Hospital Sik menaiki ambulans.
"Kami kemudiannya dimaklumkan yang keadaan abah kritikal perlu dipasang alat bantuan pernafasan lalu terus dibawa ke HSAH. Semalam genap 40 hari, doktor maklumkan keadaan abah 50-50...sepanjang ditidurkan, dua kali abah sedar tapi tak banyak berbual.
"Semalam kami balik pukul 7.30 malam, sampai di rumah pukul 9.30 malam dan dimaklumkan abah semakin kritikal, kami bergegas ke sana dan tiba dua minit selepas abah menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.
Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Muniratul Akmar, 44, berkata bapanya sempat berpesan agar anak-anak menjaga ibu, Che Faridah Md Desa, 61.
"Doktor maklumkan, empat daripada enam organ utama iaitu jantung, hati, paru-paru dan buah pinggang sudah dijangkiti kuman dan hanya bergantung kepada antibiotik.
"Saat-saat terakhir abah, kami semua anak-anak sempat berada di sisi dan doktor bagi kebenaran untuk kami berada dekat dengannya, mengajar dia mengucap...abah juga berpesan sebelum ini untuk jaga mak," katanya.
Arwah meninggalkan isteri, Che Faridah dan lima anak, Muniratul Akmar, Ameeratul Akmar, Mohd Saiful Munir, 43, Mohd Fakhrul Munir, 41, dan Mohd Shahidal Munir, 40, serta ibu yang sudah uzur, Esah Mehat, 92.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Mohd Isa dilaporkan meninggal dunia pada 11.23 malam tadi di HSAH, selepas dimasukkan ke wad hospital itu awal Mei lepas. - Gambar fail
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years

Jenazah ADUN Belantek selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek Datuk Mohd Isa Shafie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jering, Chepir dekat sini, kira-kira 11.30 pagi tadi.

ADUN Belantek Mohd Isa meninggal dunia
Menurut Ahmad Tarmizi, Mohd Isa dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.