Jenazah pelajar Malaysia Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut selepas tergelincir dari tingkat 23 pangsapuri kediamannya di Sydney, Australia, Selasa lalu, tidak akan dibawa pulang ke Malaysia.
Bapa mangsa, Md Azhar Hasbullah, 48, berkata, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Sydney, Australia selepas semua urusan bedah siasat dan siasatan pihak berkuasa selesai.
"Kami sekeluarga telah sepakat untuk memudahkan urusan pengebumian anak saya agar arwah dikebumikan di Sydney Australia.
"Tetapi bila arwah akan dikebumikan kami masih belum tahu kerana masih menunggu laporan bedah siasat daripada pihak berkuasa di sana," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
BACA: Pelajar Malaysia maut terjatuh pangsapuri di Sydney
Menurut Md Azhar urusan pengebumian anak sulungnya itu akan diuruskan sepenuhnya pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan dia serta isterinya akan ke sana menziarahi pusara Amirul Ashraff selepas semuanya selesai.
"Kami akan ke sana selepas semuanya selesai, buat masa ini saya dan isteri masih lagi belum mempunyai kekuatan memandangkan dia merupakan anak sulung harapan keluarga" katanya.
BACA: Jenazah pelajar Malaysia, Amirul Ashraff, dibawa pulang minggu depan
Amirul Ashraff merupakan pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University Technology Of Sydney dan dijangka tamat pelajaran dan pulang ke tanah air, Februari tahun hadapan.
Menurut Md Azhar, mayat anaknya itu sudah menjalani proses bedah siasat Rabu lalu, namun keputusannya masih belum diperoleh sehingga hari ini.
Sinar Harian
Mon Aug 12 2019

Amirul Ashraff merupakan pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University Technology Of Sydney. - Foto Sinar Harian

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.
[TERKINI] PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bahrain tengah malam ini, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.

Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad
Ibnu Sina Osman dan isteri meneruskan pembuatan Sambal Budu Durian, resipi keluarga hampir empat dekad diusahakan di Kelantan.

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus
Terdapat beberapa cabaran utama dalam mencapai sasaran SDG antaranya aspek tadbir urus dan kadar kebergantungan yang tinggi kepada kerajaan.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu
ST hari ini mengumumkan pelantikan Siti Safinah Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan Datuk Abdul Razib Dawood.

Jenazah Amirul Ashraff yang maut tergelincir akan dikebumikan di Sydney
Jenazah pelajar Malaysia Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut selepas tergelincir tidak akan dibawa pulang ke Malaysia.

Pelajar Malaysia maut terjatuh pangsapuri di Sydney
Seorang pelajar Malaysia dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari pangsapuri yang didiaminya di Sydney, Australia hari ini.