JASIN: Jenazah atlet memanah negara Haziq Kamaruddin selamat disemadikan pagi tadi.
Allahyarham yang berusia 27 tahun dan berasal dari Johor Bahru itu dikebumikan pada jam 1.40 pagi di Tanah Perkuburan Taman Koperasi, Serkam, Melaka berhampiran kediaman keluarga isterinya.
Terdahulu, jenazah yang selesai dibedah siasat di Hospital Kajang dibawa pulang ke Melaka dan disembahyangkan di Surau al-Taqwa, Taman Koperasi sebelum disemadikan.
Proses pengebumian yang hanya melibatkan keluarga terdekat itu berlangsung ringkas dan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.
Turut mengiringi jenazah ialah balu Allahyarham, Shahira Abdul Halim dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Pemanah recurve itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang pada 9.37 pagi Jumaat selepas dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri di kediamannya di Kajang.
BACA: Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
BACA: Hormati pemergian Haziq, jangan buat spekulasi - Reezal
Haziq pernah mewakili negara dalam dua temasya sukan iaitu Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016.
Beliau juga sebelum ini banyak mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa dengan meraih pingat emas pada Kejohanan Memanah Asia 2011 di Tehran, Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2017 di Malaysia.
Shuhada Abdul Kadir
Fri May 14 2021
Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 1.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Taman Koperasi, Serkam, Melaka iaitu di kediaman keluarga isterinya. -Astro AWANI
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.
Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Trio recurve lelaki negara terkilan tidak dapat tunai impian arwah Haziq
Allahyarham Haziq memasang impian untuk membuat penampilan ketiganya pada temasya di Tokyo bulan depan.
Kematian Haziq akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat - Pakar forensik
Hasil bedah siasat menunjukkan kepada kematian akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).
Keluarga reda pemergian mengejut atlet memanah negara
Bapa Allahyarham, Kamaruddin Yusof, 59, mengakui terkejut dengan pemergian anak keduanya memandangkan dia tidak menunjukkan sebarang tanda tidak sihat atau mengadu sakit kepada sesiapa.
Perginya 'Robin Hood' negara
Tragedi itu menjadi satu tamparan terhadap skuad kebangsaan memandangkan mereka berada di fasa akhir menjelang kejohanan kelayakan Sukan Olimpik di Paris, Perancis, bulan depan.
Haziq pernah luah hasrat raih pingat di Tokyo - Jurulatih
Haziq bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan membawa pulang pingat pada kali ini selepas dua kali tidak berjaya menaiki podium.
Jenazah atlet memanah Haziq Kamaruddin selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 1.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Taman Koperasi, Serkam, Melaka berhampiran kediaman keluarga isterinya.
Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
Perkara itu disahkan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi.
Memanah: Akmal idam tanggungjawab lebih besar
Atlet memanah recurve negara, Akmal Nor Hasrin, bertekad meningkatkan prestasinya bagi memperoleh kejayaan peringkat individu menjelang cabaran musim 2018.
Skuad memanah recurve mampu raih dua pingat emas
Keyakinan itu dikongsi Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Seri Johari Baharom.
Sukan SEA: Memanah sumbang emas ke-39
Pasukan memanah lelaki menjadikan pungutan pingat emas kontijen negara di Sukan SEA Singapura kepada 39 pingat emas setakat ini.