Jenazah bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, kira-kira pada 3 petang.
Jenazah Allahyarham Wan Mokhtar sebelum itu disolatkan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong di sini selepas solat zohor, diimamkan sendiri oleh anaknya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Terengganu Wan Abdul Hakim, disertai kira-kira 300 jemaah terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat handai.
Solat jenazah dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk pemakaian pelitup muka serta penjarakan fizikal antara jemaah.
Terdahulu di masjid berkenaan, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam meluangkan masa kira-kira 15 minit bagi menziarahi jenazah sementara di tanah perkuburan, kelihatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid turut hadir memberi penghormatan terakhir.
Wan Mokhtar, 88, meninggal dunia pada 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur, akibat komplikasi jantung.
Allahyarham yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu berkhidmat sebagai Menteri Besar negeri itu selama 25 tahun dari 1974 hingga 1999.
Sementara itu, Wan Abdul Hakim, 52, yang juga anak keempat Allahyarham memberitahu ayahnya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Sabtu lepas apabila melihat keadaan kesihatannya agak merosot.
"Jantung arwah ayah sebelum ini hanya mampu berfungsi sekitar 20 peratus saja, dan apabila kami melihat kesihatannya agak mula merosot, kami hantar arwah ke hospital untuk rawatan.
"Pemergiannya mudah, dalam tidur. Kami bersyukur proses kebumi semua lancar," katanya yang turut memberitahu Allahyarham meninggalkan lima anak dan 20 cucu.
Dalam pada itu, Rosol ketika ditemui pemberita menyifatkan pemergian Wan Mokhtar sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat Terengganu memandangkan arwah menabur banyak jasa sepanjang menjadi menteri besar negeri itu.
"Arwah seorang yang amat rendah diri, mudah berbicara dan suka memberi nasihat terutama kepada orang muda. Banyak pembangunan di Terengganu antaranya jalan raya diturap tar dan kecemerlangan pendidikan merupakan 'air tangan' arwah.
"Arwah jugalah individu yang membawa saya 'masuk' ke dunia politik dan membimbing saya. Jasanya terlalu besar dan tak terbalas oleh saya. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 21 2020
Wan Mokhtar, 88, meninggal dunia pada 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur, akibat komplikasi jantung.
Isu Ham: Cecelia Yap mohon maaf
Pemilik atau pengendali akaun Facebook Cecelia Yap Song KL yang didakwa menimbulkan kontroversi berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam baru-baru ini tampil memohon maaf.
Agenda AWANI: WEF2025 | Malaysia Peneraju Pendigitalan ASEAN
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini menjadi peneraju utama dalam mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan. Diskusi #AgendaAWANI 830 mlm ini.
JSJ Bukit Aman tubuh pasukan audit teliti statistik jenayah
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan menjalankan audit terhadap prestasi bahagian siasatan jenayah kontinjen negeri seluruh negara bagi menilai sejauh mana kadar indeks jenayah yang direkod memaparkan situasi di lapangan.
Kes Faisal Halim tidak pernah ditutup, tiada petunjuk baharu - Pengarah JSJ
PDRM menegaskan kes simbah asid melibatkan pemain bola sepak Faisal Halim tidak pernah ditutup dan masih dijalankan siasatan.
InRealty: Skyria, Rumah Mampu Milik Di Lokasi Strategik
Skyria, sebuah projek perumahan yang sesuai untuk pembeli rumah pertama & golongan muda.
Polis selesai siasat anak menteri
Polis Pulau Pinang masih menunggu arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri.
Tahanan mati di Penjara Taiping: Polis rakam keterangan pegawai penjara, banduan
Polis setakat ini telah merakam keterangan dua pegawai Penjara Taiping serta 80 banduan berkaitan kes seorang banduan meninggal dunia dipercayai dipukul oleh warden penjara berkenaan.
Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.
Polis serah kertas siasatan isu jenaka 'ham' kepada Pejabat Peguam Negara esok
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan berhubung isu jenaka 'ham' yang didakwa menghina agama Islam kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk tindakan lanjut.
Selangor sedia beri bantuan persekolahan kepada anak-anak pengikut GISB
Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan persekolahan sewajarnya kepada anak-anak pengikut GISB sekiranya mereka mengikuti pendidikan di sekolah kerajaan.
Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas
Terarium ini mungkin boleh menjadi pilihan atau solusi bagi mereka yang suka tanaman tetapi sering kesuntukan masa.
Mahkamah tolak permohonan SPSB kembalikan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Muar
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan SPSB untuk kebenaran merayu berhubung saman fitnah RM100 juta oleh syarikat itu terhadap Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung kenyataannya membabitkan KLVC.
Bicara kes rogol Paul Yong bermula di Mahkamah Tinggi Ipoh
Adun Tronoh itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dengan disambut sorakan kira-kira 30 penyokongnya yang datang dengan sebuah bas.
Adam Rosly gagal ketepi sabitan, hukuman penjara dan denda
Yaacob, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, berkata sabitan ke atas Adam Rosly adalah selamat serta disokong oleh bukti yang kukuh.
Mujahid berjaya batal saman fitnah Kamarul Zaman
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini berjaya membatalkan saman fitnah difailkan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff.
Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, Abu Sujak Mahmud meninggal dunia
Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Datuk Abu Sujak Mahmud, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 4, di sini kira-kira pukul 6 petang tadi.
Bekas Peguam Cara III buat laporan polis, gesa siasat Tommy Thomas
Bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria telah membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas semalam.
Dua peguam Trump tarik diri menjelang perbicaraan mahkamah Februari depan
Peguam, Butch Bowers dan Deborah Barbier dilaporkan telah meninggalkan pasukan peguam yang mewakili Donald Trump dalam perbicaraan pendakwaan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Kim Swee dilantik Pengarah Teknikal FAM
Bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu berkuat kuasa 1 Jan baru-baru ini.
Mahkamah batal saman Najib terhadap AmBank dan bekas pengurus
Hakim Datuk Khadijah Idris memutuskan saman yang difailkan oleh Najib itu sebagai suatu yang melampau, menyakitkan hati, remeh-temeh dan menyalahgunakan proses mahkamah.