IPOH: Jenazah bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Panglima Kinta dekat sini, pada jam 3.15 petang Rabu.
Cuaca mendung mengiringi jenazah yang tiba di pekarangan tanah perkuburan dengan van jenazah dari Kajang, Selangor pada jam 2.20 petang.
Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah berkenan berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, ketua-ketua jabatan, serta kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan Allahyarham.
Terdahulu solat jenazah Allahyarham di Masjid Panglima Kinta diimamkan Imam Besar Masjid Negeri, Abdul Farid Salleh.
Allahyarham yang merupakan bekas Orang Besar Jajahan Kinta dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarga di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur kira-kira jam 5 pagi akibat radang paru-paru.
Jenazah dimandi dan dikafankan seterusnya disolatkan di Masjid Sungai Ramal, Kajang dan dibawa ke Masjid Panglima Kinta untuk sekali lagi disolatkan sebelum dikebumikan.
Allahyarham meninggalkan dua balu, Datin Seri Che Ezatul Hamsiah Hussein, 77, dan Sharifah Shahrul Bariah Syed Mokhtar, 66, bersama tujuh anak.
Dr Abdullah Fadzil dilahirkan di Bukit Chandan Kuala Kangsar, pada 30 Julai 1945.
Ketika berada di kerusi Timbalan Presiden BAM pada tahun 1992, buat pertama kali skuad Malaysia berjaya merangkul Piala Thomas, serta meraih pingat pertama di temasya Sukan Olimpik menerusi adik-beradik Sidek, Datuk Razif-Datuk Seri Jalani dalam acara beregu lelaki di Olimpik Barcelona tahun sama.
Dalam pentadbiran kerajaan, selain jawatan Timbalan Menteri Pertahanan, Dr Abdullah Fadzil turut pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Luar pada tahun 1987 hingga 1995 serta Ahli Parlimen Bukit Gantang (1986-2004).
Amirrul Rabbani
Wed Sep 06 2023
Hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Foto Astro AWANI
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Jenazah bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Abdullah Fadzil selamat dikebumi
Jenazah bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan selamat dikebumikan petang Rabu.
Arena badminton negara berduka pemergian Abdullah Fadzil
Arena badminton negara hari ini berduka dengan pemergian seorang tokohnya, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan.
Bekas Timbalan Menteri Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia
Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia di Hospital KPJ Tawakkal Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi Rabu.
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan dilaporkan hilang
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi di Bukit Tunku pada Ahad.