SUNGAI PETANI: Jenazah dua beradik lelaki yang mati lemas dalam lombong pasir dekat Kampung Permatang Kedundong, Pinang Tunggal, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Jawa Tikam Batu, di sini, sekitar jam 10 malam tadi.
Terdahulu, jenazah Mamod Shukur Belal Hussain dan abangnya, Muhammad Nazeri, dibawa dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani selepas bedah siasat selesai dijalankan.
Sebaik tiba, jenazah disolatkan di Surau Kampung Jawa dan terus dibawa ke tanah perkuburan.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sebaik jasad dua beradik itu dimasukkan ke dalam liang lahad.
Dalam kejadian semalam, mayat pertama Mamod Shukur, 4 tahun, ditemukan pada jam 7.30 pagi manakala mayat abangnya yang berusia 6 tahun, jam 2.45 petang, kira-kira 15 meter di dasar lombong.
BACA: 2 beradik lemas: Bapa terkilan tidak sempat tunai 'permintaan terakhir'
Dua beradik itu dipercayai pergi ke kawasan lombong itu tanpa disedari ibunya yang ketika itu sedang memasak di rumah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Zaidy Che Hassan, memaklumkan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Mar 12 2023
![Jenazah dua beradik lemas dikebumi dalam satu liang lahad Jenazah dua beradik lemas dikebumi dalam satu liang lahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678656912_TBkebumi.jpg)
Jenazah dua beradik lelaki (gambar kecil) yang mati lemas dalam lombong pasir, Mamod Shukur dan Muhammad Nazeri, dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jawa Tikam Batu, Sungai Petani, malam tadi. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] JAKIM boleh beri nasihat tapi tidak bersifat dasar
Jemaah Menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberi nasihat kepada umat Islam di negara ini berkaitan keperluan menjaga akidah ketika mengikuti majlis anjuran masyarakat bukan Islam membabitkan unsur keagamaan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
AWANI Ringkas: Jenayah penipuan pelaburan catat kerugian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kriteria PPKM: Kekuatan kewangan kukuh, dengan modal RM10 juta
Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh dengan modal berbayar RM10 juta, berstatus Sdn Bhd dan pemilikan tempatan antara kriteria utama pelantikan PPKM. #AWANInews
![Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738911426_TBdoctor.jpg)
Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews
![Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911105_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
![Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911259_TBhujan.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
![Jenazah dua beradik lemas dikebumi dalam satu liang lahad Jenazah dua beradik lemas dikebumi dalam satu liang lahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678656912_TBkebumi.jpg)
Jenazah dua beradik lemas dikebumi dalam satu liang lahad
Mamod Shukur Belal Hussain dan Muhammad Nazeri Belal Hussain dipercayai pergi ke lombong tanpa disedari ahli keluarga.