Jenazah sepasang suami isteri dan dua sepupu mereka yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bukit Antarabangsa di sini, semalam dibawa pulang ke Kuala Terengganu Isnin untuk dikebumikan.
Jenazah Hasbullah Abdul Ghani, 26, dan isterinya Nurul Intan Syahida, 22, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Losong Dato Amar manakala jenazah sepupu Hasbullah, Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22, di Tanah Perkuburan Islam Syed Ibrahim, Taman Alam Bandar di Kuala Terengganu.
Kakak Allahyarham Asma, Hind, 24, ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini bagi menuntut jenazah, berkata jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Maghrib.
Katanya ketika kejadian, mereka dalam perjalanan ke ke rumah abang Tengku Ahmad Faiz iaitu Tengku Ahmad Bahrizal di Bukit Antarabangsa untuk makan malam bersama.
Sebelum itu mereka melawat anak saudara mereka yang baru lahir di Hospital Ampang, katanya.
Tengku Ahmad Bahrizal, 39, berkata adiknya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira pukul 5.30 petang memaklumkan mereka dalam perjalanan ke rumahnya.
"Saya menunggu hingga pukul 7 malam, tetapi tidak sampai-sampai, telefon pun tak jawab...tiba-tiba terdengar ada berlaku kekecohan berhampiran rumahnya (akibat satu kemalangan jalan raya).
"Jadi saya rasa tidak sedap hati dan turun untuk melihat, saya dapati kereta yang terlibat kemalangan itu adalah kereta adik saya," katanya dengan sayu.
Kemalangan kira-kira 5.30 petang semalam itu membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal apabila kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa mengalami kegagalan brek lalu merempuh pembahagi jalan dan melanggar Perodua Viva yang dinaiki empat mangsa.
Penunggang motosikal itu cedera dan dirawat di Hospital Ampang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi Bernama berkata pemandu Proton Satria itu ditahan di lokasi kejadian kira-kira pukul 8.30 malam tadi dan dibawa ke balai trafik Ampang untuk disoal siasat.
Lelaki berumur 65 tahun itu itu didapati negatif ujian alkohol dan dadah dan dibebaskan dengan jaminan polis petang ini, katanya.
Bernama
Mon May 20 2013
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching
Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong, Kuching, tengah hari tadi.
Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga
Sekiranya pencarum meninggal dunia, sekurang-kurangnya waris mendapat mendapat faedah dari segi kewangan yang dapat mengurangkan beban.
Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.
Warga emas maut kereta dinaiki terbabas di LPT2
Seorang warga emas maut manakala dua anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Enam maut dalam kemalangan di Semporna-Tawau
Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau petang tadi.
Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang maut manakala tiga parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Sungai Asap di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.
Kemalangan jalan raya ragut 436 nyawa ketika musim perayaan tahun baharu di Thailand
Punca utama kemalangan adalah memandu laju dan memotong kenderaan di hadapan, manakala motosikal terlibat dalam kebanyakan insiden.
Pemandu Perodua Myvi maut, kereta rempuh belakang lori di Lebuhraya Baling-Kulim
Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler di Lebuhraya Baling-Kulim, pagi tadi.
Lelaki warga emas ditahan disyaki terbabit kes langgar lari
Polis menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan kemalangan maut di KM0.6 Jalan Wan Razali, Selama pada Ahad lepas.