Sebaik tiba jenazah Allahyarham Mohd Hafiz disembahyangkan di masjid tersebut.
Lebih 200 orang terdiri dalam kalangan pegawai dan anggota tentera, ahli keluarga, kenalan serta penduduk setempat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Terdahulu, mangsa menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar kira-kira jam 10.30 malam.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan tiga anggota tentera maut dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat Gurun.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Selain Lans Koperal Mohd Hafiz yang bertugas di Batalion ke-3 Rejimen Sempadan di Kem Pengkalan Hulu, Perak, dua lagi identiti anggota yang maut ialah Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, dan Koperal Mohd Asri Idris, 40.