Mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dipindahkan dari Wang Kelian ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tujuan bedah siasat akan dikebumikan di Pokok Sena setelah segala urusan selesai, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Mukhriz berkata satu kawasan tanah perkuburan baharu telah disediakan di Pokok Sena dan kesemua jenazah etnik Rohingya itu akan dikebumikan di dalam satu liang lahad.
Menurutnya, setakat ini, beliau difahamkan terdapat 35 jenazah berada di HSB yang telah dibedah siasat, namun bila ia akan dikebumikan bergantung kepada keputusan daripada hospital sendiri.
"Setakat ini 35, akan datang kami dengar ada lebih 100, mungkin dikebumi di Pokok Sena juga, kalau kesemuanya dipindahkan ke HSB, atau ada permintaan supaya mereka di kebumikan di sini, kerana diyakini kesemuanya beragama Islam," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa pejabat Mufti bersama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) akan menguruskan kesemua jenazah itu mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan memandangkan ada daripada jenazah itu dalam keadaan tidak sempurna.
"Ini permintaan daripada kerajaan persekutuan...jenazah yang ada di HSB sekarang kami akan urus...yang 35 ini akan diuruskan dulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bernama
Thu Jun 04 2015

Mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dipindahkan dari Wang Kelian ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tujuan bedah siasat akan dikebumikan di Pokok Sena. - Gambar fail

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Pekerja kilang tidak sedarkan diri dipercayai terhidu gas ammonia
Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah.

HSB cari waris warga emas meninggal dunia di hospital
Warga emas berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 3 Sept lepas.

COVID-19: 10 kematian babit Kluster Telaga 2 di HSB
Seramai 10 pesakit COVID-19 melibatkan Kluster Telaga 2 yang berpunca dari Wad Nefrologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) meninggal dunia sejak 4 Ogos lalu.

Setiausaha UMNO Kubang Pasu meninggal dunia selepas aktiviti motosikal lasak
Setiausaha UMNO Kubang Pasu ditemui pengsan sebelum meninggal dunia selepas melakukan aktiviti motosikal lasak di atas bukit berdekatan Universiti Utara Malaysia Sintok, di sini pada Jumaat.

Lelaki maut dipukul rakan akibat salah faham
Hasil semakan rekod mendapati suspek dan mangsa sedang menjalani perintah sekatan di atas kesalahan jenayah.

Tiga lagi hospital di Kedah dijadikan pusat rawatan COVID-19 - Exco
Hospital yang terlibat adalah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.

Shahril Hamdan selesai jalani kuarantin, bebas COVID-19
Menerusi akaun Facebook rasmi beliau, Shahril berkata, doktor menasihatkannya untuk banyak berehat di rumah selain memantau keadaan fizikalnya dari semasa ke semasa.

Seorang EXCO Kedah disahkan positif COVID-19 - Jabatan Kesihatan
EXCO berkenaan sudah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut.

HSB kurangkan pembedahan bukan kecemasan, utamakan kes COVID-19
Bagaimanapun pengendalian kes kecemasan berjalan seperti biasa manakala janji temu klinik pakar akan dijadualkan semula.

Bekas jurufoto BERNAMA meninggal dunia
Bekas jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Mohd Mansor Mohd Bahrom, 67, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat pendarahan dalaman dan kegagalan organ.