KUANTAN: Jenazah mangsa pemerdagangan manusia, Allahyarham Muhammad Izzat Abdul Wahab, 28, yang meninggal dalam tahanan di Tachileik, Myanmar 14 Oktober lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peramu, Tanjung Lumpur dekat sini pada malam Khamis.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang urusan pengebumian yang dihadiri lebih 500 ahli keluarga dan kenalan sebelum selesai kira-kira jam 11.20 malam.
Jenazah mangsa yang dibawa dari Yangon tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa pulang ke Kuantan menggunakan van jenazah.
Sejurus tiba pada jam 10.36 malam, jenazah dibawa ke Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Peramu untuk disembahyangkan sebelum di bawa ke tanah perkuburan.
Allahyarham Muhammad Izzat sebelum ini dilaporkan menaiki penerbangan ke Bangkok pada 7 Oktober lalu sebelum diculik ke Myanmar melalui jalan darat pada 11 Oktober.
Mangsa kemudiannya diselamatkan oleh wakil sebuah pertubuhan kemanusiaan namun disahkan meninggal dunia ketika dalam tahanan polis Tachileik di Myanmar pada 14 Oktober lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nurul Diyana Mohd Shukur, 27 tahun dan dua anak lelaki Muhammad Nu’man dan Muhammad Naqib Anaqi masing-masing berusia enam dan empat tahun.
Abang mangsa, Muhammad Hasmalizam, 45, ke Yangon Jumaat lalu untuk urusan membawa pulang jenazah adiknya itu.
Pihak keluarga sebelum ini mahu bedah siasat kedua ke atas jenazah di lakukan bagi mengenal pasti punca sebenar mangsa yang dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan tidak meneruskan hasrat itu selepas berpuas hati dengan keputusan perubatan di Yangon kerana ia dipantau pihak Kedutaan Malaysia.
Maklumat awal laporan bedah siasat memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 27 2023

Jenazah Muhammad Izzat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peramu, Tanjung Lumpur, Kuantan, malam tadi. - Foto Sinar Harian
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Jenazah Muhammad Izzat selamat dikebumikan
Jenazah mangsa yang dibawa dari Yangon tiba di KLIA kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa pulang ke Kuantan menggunakan van jenazah.

Pahang salur RM25,000 bawa pulang jenazah mangsa pemerdagangan manusia
Kerajaan Pahang menghulurkan sumbangan RM25,000 kepada keluarga Allahyarham Muhammad Izzat Abdul Wahab, 28, yang meninggal dunia dalam tahanan imigresen di Tachileik, Myanmar pada 14 Oktober lalu.

Sindiket pemerdagangan manusia: Keluarga mahu bawa pulang jenazah Muhammad Izzat
Ahli keluarga mangsa pemerdagangan manusia yang meninggal dunia dalam tahanan Imigresen di Myanmar, berhasrat membawa pulang jenazah ke Malaysia.