Suasana sayu dan sedih menyelubungi upacara pengebumian remaja Nur Afini Roslan, 14 tahun yang maut akibat terkena bilah pisau mesin pemotong rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan pagi Selasa.
Jenazah remaja perempuan itu selamat dikebumikan sekitar 10.20 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sungai Kelamah, kira-kira 500 meter dari rumah keluarganya.
Jenazah sebelum itu dibawa dari Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban pada jam 5.45 petang, selepas selesai proses bedah siasat.
Jenazah Nur Afini kemudiannya dibawa pulang ke rumah keluarganya untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada jam 9.30 malam.
Upacara pengebumian remaja malang yang diiringi hujan renyai itu dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, saudara-mara, guru dan rakan sekolahnya.
Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi Selasa, arwah Nur Afini, meninggal dunia di tempat kejadian di SMK Tuanku Abdul Rahman selepas bilah mesin yang melayang itu terkena kepalanya sebelum terbelah dua.
Remaja itu dikatakan sedang menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah di padang sekolah itu ketika kejadian, sempena hari sukan sekolah yang dijadual berlangsung esok.
Insiden itu turut mencederakan dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14 tahun dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13 tahun dan susulan insiden berkenaan, hari sukan sekolah pada esok turut dibatalkan.
Raffi Bachik
Tue Feb 13 2018

Jenazah remaja perempuan itu selamat dikebumikan sekitar 10.20 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sungai Kelamah. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Nur Afini mahu jadi polis - Datuk saudara arwah
"Nak lari macam Pak Wan... nak jadi polis macam Pak Wan," kongsi datuk saudara mangsa yang merupakan raja pecut negara dan Asia, Datuk Rabuan Pit.

Bapa pohon orang ramai sedekahkan al-fatihah untuk arwah anaknya
"Bagi sesiapa yang mendapat berita kematian anak saya, saya harap sedekahkan al-fatihah buat arwah anak saya," luah bapa mangsa insiden bilah mesin potong rumput, Roslan Samat, 55, ketika ditemui.

Jenazah Nur Afini selamat dikebumikan
Suasana sayu dan sedih menyelubungi upacara pengebumian remaja Nur Afini Roslan, 14 tahun yang maut akibat terkena bilah pisau mesin pemotong rumput di SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, di sini.