Jenazah Amirul Ashraff Md Azhar, pelajar Malaysia yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari pangsapuri yang didiaminya di Sydney, Australia, semalam dijangka dibawa pulang minggu depan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata pegawai Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia sedang berusaha memastikan jenazah penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di Universti Technology Of Sydney itu dapat dibawa pulang segera.
Beliau berkata urusan tersebut dijangka dapat dimuktamadkan selepas proses bedah siasat dan siasatan ke atas pelajar tajaan Mara yang sedang dilakukan pihak berkuasa negara itu diselesaikan.
"Pegawai kita di sana sedang berusaha menyelesaikan beberapa perkara termasuk urusan dokumentasi yang memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.
"Tetapi menurut pegawai terbabit, jenazah dijangka dapat di bawa pulang ke Malaysia minggu depan," katanya kepada pemberita selepas meraikan 70 pelajar cemerlang di bawah program Budi Mara dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Mara Datuk Azhar Abdul Manaf.
Dalam kejadian itu, Amirul Ashraff, 22, dari Taiping, Perak dikatakan tergelincir dari aras 23 pangsapuri didiaminya yang terletak kira-kira lima kilometer dari universiti berkenaan.
Rina berkata waris Amirul Ashraff juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyerahkan kepada Mara untuk menguruskan kepulangan jenazah anak sulung daripada tiga beradik itu.
Dalam pada itu, Rina berkata beliau difahamkan rayuan Amirul Ashraff untuk mengambil semula peperiksaan lima mata pelajaran yang gagal telah diluluskan Mara.
Memang beliau ada hantar rayuan, Mara proses dan kita telah luluskan untuk dia menyambung semula pelajaran, katanya.
Mengenai Program Budi Mara, Rina berkata kementerian memperuntukkan sebanyak RM1.65 juta tahun ini bagi membantu seramai 1,500 pelajar MRSM dalam kalangan keluarga berpendapatan B40.
Katanya 70 pelajar cemerlang yang diraikan hari ini adalah bukti kejayaan program Budi Mara selepas memperoleh Purata Nilai Gred 3.70 dan ke atas dalam peperiksaan semester akhir yang lepas.-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 07 2019
![Jenazah pelajar Malaysia, Amirul Ashraff, dibawa pulang minggu depan Jenazah pelajar Malaysia, Amirul Ashraff, dibawa pulang minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565109599_PelajarMaut.jpg)
Pegawai Mara di Australia sedang berusaha memastikan jenazah Amirul Ashraff dapat dibawa pulang segera. - Sinar Harian
![TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739584208_badrulafzanrazali.jpg)
TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.
Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar menyatakan kedua-dua pemimpin itu berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.
Wanita warga emas cedera dilanggar lari motosikal ditunggang dua remaja
Wanita warga emas cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar motosikal ketika berjalan di hadapan Masjid Zahir, di Alor Setar baru-baru ini.
LRA Bukit Temoh kini beroperasi dengan kapasiti 75 peratus - Lembaga Air Perak
Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke loji itu, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.
![Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739584360_adamadli.jpg)
Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.
AWANI Ringkas: Penyumbang KDNK 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Op Valentine: Wanita berstatus janda antara ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki Op Valentine: Wanita berstatus janda antara ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739583180_TBkhalwat.jpg)
Op Valentine: Wanita berstatus janda antara ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki
Empat pasangan yang bukan suami isteri telah ditahan atas kesalahan berkhalwat kesemua mereka berumur lingkungan 20-an.
#AWANIRingkas 15 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Februari 2025
1️⃣ Faktor pertumbuhan pelaburan 12 peratus
2️⃣ Tiada beg plastik di Pulau Pinang 1 Mac
3️⃣ Dua lagi ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Faktor pertumbuhan pelaburan 12 peratus
2️⃣ Tiada beg plastik di Pulau Pinang 1 Mac
3️⃣ Dua lagi ditahan
#awaniringkas
![Pelakon Tilda Swinton kecam kezaliman, sindir pelan Trump ambil alih Gaza Pelakon Tilda Swinton kecam kezaliman, sindir pelan Trump ambil alih Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739581831_TildaSwinton.jpg)
Pelakon Tilda Swinton kecam kezaliman, sindir pelan Trump ambil alih Gaza
Swinton berucap selepas menerima anugerah Golden Bear bagi pencapaian sepanjang hayat di festival tersebut.
![Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739583016_TBeksidensarawak.jpg)
Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam
Empat individu termasuk dua beranak maut selepas terlibat dalam kemalangan di tiga lokasi berbeza di Sarawak.
![Jenazah Amirul Ashraff yang maut tergelincir akan dikebumikan di Sydney Jenazah Amirul Ashraff yang maut tergelincir akan dikebumikan di Sydney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565109599_PelajarMaut.jpg)
Jenazah Amirul Ashraff yang maut tergelincir akan dikebumikan di Sydney
Jenazah pelajar Malaysia Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut selepas tergelincir tidak akan dibawa pulang ke Malaysia.
![Pelajar Malaysia maut terjatuh pangsapuri di Sydney Pelajar Malaysia maut terjatuh pangsapuri di Sydney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565109599_PelajarMaut.jpg)
Pelajar Malaysia maut terjatuh pangsapuri di Sydney
Seorang pelajar Malaysia dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari pangsapuri yang didiaminya di Sydney, Australia hari ini.