SHAH ALAM: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengesahkan jenazah Presidennya, Datuk Aishah Ahmad Badjunaid, 71, yang meninggal dunia di Jeddah akan dikebumikan di Arab Saudi hari ini.
MAA dalam satu kenyataan memaklumkan pemergian Aishah sememangnya satu kehilangan besar bukan sahaja kepada ahli MAA tetapi juga seluruh industri automotif.
“Aishah sangat dihormati dalam industri automotif tempatan serta rakan sejawatannya di luar negara di ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan kerajaan Malaysia.
"Beliau adalah seorang legenda dan salah seorang personaliti automotif terkemuka yang mengabdikan tahun terbaik dalam hidupnya dengan menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan industri automotif Malaysia dengan visi, dedikasi serta semangatnya.
"Bagi pihak ahli dan kakitangan MAA, kami mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Aishah Ahmad," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Aishah menerajui MAA sejak 1991 (semasa MAA dikenali sebagai Persatuan Peniaga Permotoran Malaysia atau MMTA) dan menerajui pertumbuhan MAA sehingga menjadi persatuan industri automotif terkemuka di Malaysia.
Allahyarham juga pernah menjadi pengerusi Persekutuan Automotif Malaysia (AFM) sejak 1998.
MAA berkata, Aishah juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Persekutuan Automotif ASEAN (AAF) selama tiga penggal, 2000-2002, 2008-2010, dan 2015-2017.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Jeddah, Arab Saudi pada 2 Februari.- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 03 2023

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Jeddah, Arab Saudi pada 2 Februari.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Jenazah Presiden MAA, Aishah Ahmad dikebumikan di Arab Saudi hari ini
Jenazah Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad Badjunaid yang meninggal dunia di Jeddah akan dikebumikan di Arab Saudi hari ini.

Presiden MAA Aishah Ahmad meninggal dunia di Jeddah
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, 71, dilaporkan meninggal dunia di Jeddah pada 2 Februari.

Kenaikan bahan mentah punca harga kenderaan dijangka meningkat
Masalah kekurangan bekalan cip komputer turut memberi kesan kepada harga kenderaan di negara ini.

Harga kereta CKD dijangka meningkat 8.0 hingga 20 peratus tahun hadapan - MAA
Ia berdasarkan perkiraan nilai pasaran terbuka (OMV) duti eksais yang baharu.

MAA unjur TIV berkembang 17.9% kepada 600,000 unit tahun ini
MAA unjur TIV berkembang 17.9% kepada 600,000 unit tahun ini | Dagang News

Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
Pengusaha ikan pekasam, Aishah Ahmad, 70, komited mengikuti kursus pelabelan di Kolej Komuniti Lenggong.

Bantu Proton untuk kekal berdaya saing - Presiden MAA
Presiden MAA Datuk Aishah Ahmad berkata, masa depan Proton bergantung kepada kualiti produk keluarannya untuk mendapatkan semula minat daripada rakyat Malaysia.