PETALING JAYA: Jenazah tokoh pendidikan dan profesor wanita Melayu pertama Puan Sri Profesor Emeritus Dr Fatimah Hamid Don selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, di sini pada 2.45 petang ini.
Allahyarham yang juga merupakan bekas Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) bermula tahun 1978 hingga 1990 menghembuskan nafas terakhir ketika dalam fasa pemulihan setelah berjuang melawan penyakit strok sejak setahun lepas, di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur pada 2.35 pagi tadi.
Bekas Dekan Fakulti Pendidikan UM Profesor Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, ketika ditemui berkata pemergian Fatimah iaitu mentornya ketika di UM, adalah perkara yang pahit untuk ditelan, mengenangkan segala tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allahyarham dalam memupuk ilmuan sepertinya.
"Dia seorang yang tegas dan berilmu tinggi dalam bidang pendidikan kurikulum sangat bagus dari segi pentadbiran dan perhubungannya dengan kita (staf dan pensyarah-pensyarah)...sepanjang hayatnya khidmatnya sangat cemerlang bagi saya.
Sewaktu dia menjadi dekan, saya merupakan timbalan dekan beliau dan dia banyak memberi tunjuk ajar dan juga sewaktu saya mengambil diploma pendidikan dia merupakan pensyarah saya jadi dia antara orang yang banyak memberi pengajaran dan panduan sewaktu dia menjadi dekan dan guru saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Tun Abdul Aziz di sini hari ini.
Turut bersedih dengan pemergian Allahyarham ialah bekas Naib Canselor UM Profesor Emeritus Datuk Dr Hashim Yaacob berkata ketika menjawat jawatan berkenaan beliau merupakan individu yang mengusulkan Allahyarham untuk diberikan gelaran Profesor Emeritus dengan mengambil kira sumbangannya yang cemerlang dalam bidang pendidikan.
"Allahyarham banyak menyumbangkan idea yang segar dalam menaikkan kualiti pendidikan negara dan beliau merupakan seorang nama yang hebat dan disegani dalam bidang pendidikan oleh sebab itu kami di UM iktiraf dia pada ketika itu," katanya.
Fatimah memulakan kerjaya sebagai pembantu pensyarah pada 1964 di Fakulti Pendidikan, UM dan seterusnya dilantik sebagai Profesor Perkembangan Kurikulum yang juga Pakar Runding Kurikulum, Kementerian Pendidikan sekali gus menjadi wanita Melayu pertama yang dilantik menjadi profesor.
Fatimah bersara sebagai profesor pada 1990 setelah 26 tahun dalam perkhidmatan.
Allahyarham juga terbabit menghasilkan draf Dasar Wanita Negara, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita dan laporan persidangan wanita sedunia PBB serta laporan "Convention on the Right of the Child" (CRC) dan "Convention on the Elimination of All Forums of Discrimination Against Women" (CEDAW).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023
![Jenazah profesor wanita Melayu pertama Dr Fatimah Don selamat dikebumikan Jenazah profesor wanita Melayu pertama Dr Fatimah Don selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682500732_TBFatimahHamidDon.jpg)
Jenazah Fatimah Hamid Don selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor hari ini. -Gambar Twitter Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Jenazah profesor wanita Melayu pertama Dr Fatimah Don selamat dikebumikan Jenazah profesor wanita Melayu pertama Dr Fatimah Don selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682500732_TBFatimahHamidDon.jpg)
Jenazah profesor wanita Melayu pertama Dr Fatimah Don selamat dikebumikan
Fatimah bersara sebagai profesor pada 1990 setelah 26 tahun dalam perkhidmatan.