SUBANG JAYA: Jenazah penyanyi popular era 1980-an, Dara Abdul Jalil atau Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, di sini, sekitar pukul 11.45 pagi Rabu.
Pengebumian pelantun lagu Rayuanku itu dihadiri suami arwah, Jahangir Khan dan anak-anaknya termasuk penyanyi, Shakila Nisha atau Kilafairy.
Majlis pengembumian itu turut dihadiri saudara-mara dan rakan-rakan seperjuangan Allahyarham.
Antara rakan artis yang hadir ialah rakan baik Arwah Rohana iaitu Jaafar Onn dan rakan duetnya, Datuk Azizul Khamis.
Turut kelihatan Datuk Khadijah Ibrahim, Noraniza Idris, Chef Yang Jamil, Azlee Senario, Datuk Ziela Jalil, Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz, Izzara Aishah dan Joe Flizzow.
Jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam dari Masjid Al-Falah di USJ9 pada pukul 11.10 pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 68 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.
Sepanjang 40 tahun berkecimpung dalam bidang muzik, Allahyarham Rohana sudah merakamkan lebih 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas.
Antara lagu popular beliau ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta, duet bersama To'ki.
Allahyarham Rohana meninggalkan suami, Jahangir Khan dan tiga cahaya mata perempuan.
Ridauddin Daud
Wed Jun 21 2023

Kaum keluarga dan kenalan Rohana Jalil hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya sekitar pukul 11.45 pagi.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Jaafar Onn imbas kenangan terakhir bersama Rohana Jalil
"Ketika itu dia nak berjalan pun susah, nyanyi pun sambil duduk"

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Rohana Jalil
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penggiat seni tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.

Pemergian Rohana Jalil: "Dia isteri yang teramat baik" - Jahangir Khan
Ketika ditanya kenangan bersama arwah, tidak banyak diceritakan kerana kenangannya terlalu banyak, tidak boleh pun nak diceritakan.

Belasungkawa: Berpulangnya penyanyi berhati mulia Rohana Jalil
Kehilangan yang cukup besar dalam industri seni.

Pemergian Rohana Jalil: "Mohon doakan arwah Mama" - Kilafairy
Anak Allahyarham Rohana Jalil, Syakila Nisha atau Kilafairy memohon agar mendoakan arwah ibunya.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Rohana Jalil
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas penyanyi terkenal tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.

Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan
Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 sekitar pukul 11.45 pagi Rabu.

"Selamat berehat Kak Ana, moga bertemu di syurga" - Haiza
Haiza merupakan antara artis yang dikenali sangat rapat dengan Allahyarham Rohana Jalil.

Rakan artis kongsi duka pemergian Rohana Jalil
Allahyarham Rohana Jalil dikenali sebagai artis yang pemurah sentiasa hulur bantuan pada mereka yang ditimpa kesusahan.

Rohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza
Juara Bintang RTM 1980 itu masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).