LEBIH 5,000 peminat memberikan penghormatan terakhir kepada bintang kesayangan mereka, Sinead O’Connor yang dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di negara kelahirannya, Ireland.
Menariknya, peminat daripada pelbagai kepercayaan dan agama berkumpul di sepanjang jalan di Bray Head di Utara County Wicklow, Ireland untuk melihat jenazah penyanyi Nothing Compares 2 U itu yang dibaringkan di dalam keranda dan diarak dalam kenderaan jenazah.
O’Connor yang meninggal dunia pada usia 56 tahun di London, 26 Julai lalu disembahyangkan oleh komuniti dan peminat Muslim dengan diketuai oleh Ketua Imam dari Pusat Islam Ireland, Shaykh Dr Umar Al-Qadri.
“Saya berasa sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk mengetuai umat Islam melakukan solat jenazah dan ‘menghantar’ salah seorang sahabat kita, Sinead O'Connor atau Shuhada Sadaqat pulang ke negeri abadi.
“Saya juga menyampaikan salam takziah buat seluruh keluarga dan mengucapkan terima kasih kerana telah mengiktiraf dan meraikan identiti baharunya sebagai seorang Muslim,” kata Umar menerusi ciapan di Twitternya seperti dilaporkan Dailymail.uk.
Penyanyi yang dilahirkan sebagai seorang Katolik itu memeluk Islam pada tahun 2018.
*Artikel disiarkan di Gempak
Gempak
Wed Aug 09 2023
Ribuan peminat memberikan penghormatan terakhir kepada O'Connor yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam di negara kelahirannya, Ireland. - Gempak
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Jenazah Sinead O'Connor dikebumi di tanah perkuburan Islam di Ireland
Ribuan peminat memberikan penghormatan terakhir kepada bintang kesayangan mereka, Sinead O'Connor yang dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di negara kelahirannya, Ireland.
Selepas anak meninggal dunia, Sinead O'Connor dimasukkan ke hospital
Sinead yang amat sedih dengan berita kematian anak lelakinya, Shane, 17 turut menyatakan hasrat untuk mengikuti jejak anaknya.
Penyanyi Sinead O'Connor rakam pengakuan mahu bunuh diri
Sinead OConnor memuatnaik video pengakuan bahawa dia bergelut rasa ingin bunuh diri dan menghidap penyakit pra-mental.