TOKYO: Kerajaan Jepun pada Khamis melonggarkan peraturan visa untuk membolehkan pelajar asing tinggal dan mencari pekerjaan di negara ini, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) memetik media tempatan.
Menurut Agensi Perkhidmatan Imigresen Jepun, kerajaan akan membenarkan pelajar yang telah menamatkan pengajian di sekolah teknik kerajaan untuk bekerja dalam sektor yang tidak semestinya berkait rapat dengan bidang yang mereka pelajari.
Langkah baharu itu dijangka meningkatkan bilangan pelajar asing yang tinggal di Jepun untuk bekerja kepada 3,000 setahun.
Sebelum ini, ramai pelajar asing yang memperoleh tahap kemahiran teknikal dan mahir dalam bahasa Jepun di sekolah teknik tertentu, terpaksa pulang ke negara asal selepas gagal mencari pekerjaan yang sepadan dengan kemahiran atau pengetahuan mereka.
Selain itu, kerajaan turut meluaskan skop pelajar asing yang boleh tinggal di Jepun untuk bekerja di bawah visa "aktiviti yang ditetapkan", membolehkan mereka bekerja dalam pelbagai bidang.
Visa yang diluluskan sebelum ini hanya membabitkan pelajar yang telah menamatkan pengajian dari universiti.
Pelajar yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan pendidikan setara ijazah sarjana muda, termasuk yang telah menamatkan program empat tahun di sekolah teknik yang ditetapkan layak untuk memperoleh visa berkenaan.
Menurut kaji selidik Pertubuhan Perkhidmatan Pelajar Jepun pada 2021, daripada kira-kira 2,000 pelajar asing yang mendaftar di sekolah teknik di negara itu, kira-kira 75 peratus mahu bekerja di Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024

Kerajaan Jepun akan membenarkan pelajar yang telah menamatkan pengajian di sekolah teknik kerajaan untuk bekerja dalam sektor yang tidak semestinya berkait rapat dengan bidang yang mereka pelajari. -Gambar hiasan/Reuters
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu semakin meningkat - FOMCA
FOMCA beri amaran kepada orang ramai tentang trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu yang semakin meningkat.

Jepun umum peraturan baharu visa pelajar asing
Kerajaan akan membenarkan pelajar yang telah menamatkan pengajian di sekolah teknik kerajaan untuk bekerja dalam sektor yang tidak semestinya berkait rapat dengan bidang yang mereka pelajari.

Remaja keperluan khas, bapa saman sekolah swasta kerana cuai
Seorang remaja lelaki berkeperluan khas warga Syria dan bapanya memfailkan saman terhadap sebuah sekolah swasta antarabangsa di Mont Kiara.

Dua pelajar asing teruja sambut raya di Malaysia
Usama dan Muazu Dantala tetap teruja menyambut Aidilfitri di Malaysia walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga.

EMGS, IPT promosikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa
Hampir 200 wakil berkumpul melibatkan 108 IPT di Malaysia untuk mempromosikan Study in Malaysia bagi tahun 2022.

COVID-19: Thailand catat 7 kes baru
Sehingga kini, Thailand merekodkan sejumlah 3,438 kes jangkitan COVID-19 dengan 58 kematian.

Langgar lari Cyberjaya: Suspek utama disambung reman lima hari
Suspek utama kes langgar lari seorang pekerja TM Unifi di Shaftsbury Square, Cyberjaya Rabu lepas, disambung reman hari ini.

Apakah rasanya berpuasa di Cambridge?
Sejak hari pertama Ramadan, azam saya jelas - datanglah waktu sahur dan berbuka tanpa sambal ikan tenggiri atau cucur udang, saya tetap akan nikmati Ramadan ini sepuas-puasnya.

Kemasukan pelajar asing dapat tambah sumber kewangan Universiti Awam
Beliau berkata pelajar asing yang mengikuti kursus perubatan, pergigian dan farmasi di UA akan dikenakan yuran penuh iaitu antara RM400,000 hingga RM500,000.

Pelajar asing ditawar lima peratus tempat dalam bidang perubatan di IPTA
Kerajaan bersetuju menawarkan lima peratus tempat untuk kursus perubatan, pergigian dan farmasi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada pelajar asing mulai pengambilan tahun ini.