JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor aktif melakukan rondaan di seluruh kawasan berpotensi berlaku pembakaran terbuka, susulan jerebu di beberapa kawasan di negeri itu.
Pengarahnya Dr Mohd Famey Yusoff berkata rondaan dilakukan setiap hari melibatkan kira-kira 20 anggota penguat kuasa terutama di kawasan tanah gambut yang sukar untuk dipadam sekiranya berlaku kebakaran.
"Rondaan dilakukan di kawasan tanah gambut seperti di Muar, selain kawasan perindustrian di Pengerang dan Pasir Gudang. Tanah gambut ini apabila terbakar sukar untuk dipadamkan dan mengambil masa serta mengeluarkan banyak asap," katanya di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian mengulas langkah oleh JAS Johor bagi membendung kesan jerebu di negeri itu.
Mohd Famey berkata terdapat 395 kes pembakaran terbuka direkodkan di negeri ini sejak Januari hingga September tahun ini.
Beliau berkata kebanyakan kes berlaku di kawasan kejiranan melibatkan penduduk yang membuat pembakaran pada skala kecil dan tindakan telah diambil pihaknya dengan memberikan notis amaran serta-merta kepada individu terlibat bagi memastikan kes tidak berulang.
Katanya pihaknya sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) memandangkan terdapat lima lokasi di Johor yang berada pada paras tidak sihat setakat 10 pagi Ahad.
Menurut Mohd Famey lokasi terbabit ialah Segamat dengan bacaan IPU 155, Batu Pahat (163), Larkin (157), Pasir Gudang (152) dan Tangkak (155).
"Bagaimanapun, kita lihat trend bacaan IPU jerebu di Johor adalah mendatar dan tidak meningkat, malah orang ramai setakat ini tidak perlu memakai pelitup muka dan sekolah tidak perlu ditutup kerana bacaan tidak melebihi 200," katanya.
Mohd Famey menyarankan orang ramai memuat naik aplikasi MyIPU untuk mengetahui bacaan semasa yang dikemas kini setiap jam.
Setakat 3 petang Ahad, Segamat merekodkan bacaan IPU 153, Batu Pahat (161), Larkin (152) dan Tangkak (154) iaitu paras tidak sihat, manakala Pasir Gudang kembali kepada paras sederhana dengan bacaan IPU 96.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Mohd Famey menunjukkan aplikasi MyIPU yang boleh dimuat turun orang ramai bagi mengetahui status kualiti udara di seluruh negara dengan lebih pantas, ketika ditemui di Wisma Alam Sekitar, Johor Bahru, 8 Okt 2023. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Tujuh pemilik tanah di Kelantan dikompaun kerana pembakaran terbuka
Kesemua mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM14,000.

Pembakaran terbuka di Sarawak membimbangkan - Bomba
Trend pembakaran terbuka di Sarawak sejak Isnin lepas sangat membimbangkan apabila jumlah kes mencatatkan peningkatan mendadak semalam.

Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.

Bomba Johor terima 1,047 panggilan kes kebakaran terbuka sejak 30 Januari
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima 1,047 panggilan kes pembakaran terbuka akibat cuaca panas sejak 30 Jan hingga semalam.

Jangan lakukan pembakaran terbuka - Jabatan Perhutanan Sabah
Ia bagi mengelak berlaku bencana alam yang lebih buruk.

Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.

Bomba kenal pasti lima negeri berisiko berlaku kebakaran hutan
JBPM mengenal pasti 201,000 hektar tanah gambut yang dimajukan di lima negeri sebagai berisiko berlaku kebakaran hutan.

Pembakaran terbuka walaupun berniat baik berisiko wujud 'lompang perlindungan' - Bomba
Tindakan melakukan pembakaran terbuka, walaupun membakar secara niat baik berisiko mewujudkan 'lompang perlindungan' terhadap JBPM.

Cuaca panas, kering, El Nino, elak pembakaran terbuka - Nik Nazmi
Menurut Nik Nazmi, terdapat dua kes kebakaran berskala besar melibatkan kawasan hutan simpan, iaitu di Sabah dan Perlis, baru-baru ini.

JBPM rekod lebih 2,000 kes kebakaran terbuka sejak Januari
JBPM menjalankan pemantauan kes pembakaran terbuka melalui pelbagai kaedah susulan cuaca panas dan kering yang melanda negara.