Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari kawasan-kawasan yang terjejas teruk ekoran bencana jerebu di Riau dan Jambi, Indonesia.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata proses pemindahan itu akan melibatkan pelajar yang menuntut di daerah yang telah diisytiharkan Darurat Pencemaran Udara oleh kerajaan Indonesia bermula semalam sehingga 31 Oktober.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 300 orang pelajar Malaysia di Provinsi Riau dan Jambi.
Wisma Putra berkata proses pemindahan itu akan dilaksanakan secara bersama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan.
Untuk itu, katanya bilik operasi bagi memastikan kelancaran proses evakuasi tersebut telah diaktifkan iaitu di Wisma Putra di sini, yang boleh dihubungi menerusi talian 03-8887 4570 / 03-8887 4770 atau e-mel ke [email protected].
Bilik operasi Keduataan Besar Malaysia di Jakarta pula boleh dihubungi di talian +6221-5224947 dan +62813-80813036 (whatsapp) atau e-mel ke [email protected] atau [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 24 2019

Proses pemindahan itu akan dilaksanakan secara bersama dengan NADMA serta agensi berkaitan termasuk MKN dan Kementerian Pendidikan. - Foto AP
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dakwaan lebih 100,000 mangsa banjir belum terima bantuan perlu disiasat - Shamsul Iskandar
Agensi berkaitan pengurusan bencana digesa menyiasat segera dakwaan terdapat mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan sepatutnya.

Belanjawan 2024: NADMA diperuntuk RM300 juta hadapi banjir - Anwar
Beliau berkata ini termasuk RM100 juta yang bakal disalurkan segera selepas pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI hari ini.

Lagi kejadian tanah runtuh di Indonesia, dua terkorban
Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang hilang.

Amaran hujan berterusan di empat negeri sehingga 1 Feb
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi beberapa kawasan di Sarawak, Sabah, Pahang dan Johor sehingga 1 Feb ini.

Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR dibantu alat GPR kesan jasad manusia
Empat alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) (radar menembusi tanah) yang kali pertama digunakan untuk mengesan jasad manusia dalam kes tanah runtuh di Malaysia, dibawa ke lokasi tragedi di sini

Mangsa banjir seluruh negara meningkat 2,550 orang
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,550 orang melibatkan 755 keluarga di lima negeri setakat jam 7 pagi Isnin.

JPBN diarah waspada Amaran Hujan Lebat Berterusan - NADMA
Pada lewat petang hingga malam ini ribut petir boleh berlaku di pantai timur Semenanjung berdasarkan laporan MET Malaysia.

Nadma pertimbang pengesahan kematian untuk bantuan COVID-19
Ia termasuk borang permohonan sijil kematian, permit menguburkan atau apa sahaja bentuk dokumen perakuan kematian.

NADMA sedang kenal pasti anggota APM terima suntikan vaksin fasa pertama
NADMA sedang mengenal pasti barisan hadapan dalam kalangan pegawai dan anggota APM yang akan diberi suntikan vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Hospital swasta P. Pinang mula terima pesakit COVID - Ketua Menteri
Beberapa hospital swasta di Pulau Pinang telah mula menerima pesakit COVID-19.