BANGKOK: Kualiti udara mencapai tahap berbahaya di Chiang Mai, Thailand pada Jumaat mendorong pihak berkuasa tempatan menggesa orang ramai bekerja dari rumah.
Pada 2 petang (waktu tempatan) Jumaat, laman sesawang pemantauan kualiti udara IQAir menyenaraikan Chiang Mai sebagai bandar utama paling tercemar di dunia dengan bacaan PM2.5 pada 323, iaitu 54.5 kali lebih tinggi berbanding garis panduan kualiti udara tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Pencemaran (PCD) Pinsak Suraswadi berkata pencemaran udara di Chiang Mai berpunca daripada beberapa faktor, termasuk kebakaran hutan dan titik panas di negara jiran.
"Asap tebal dijangka kekal di Utara, terutama di wilayah sempadan sehingga 14 April, katanya dipetik Bangkok Post.
Sementara itu, gabenor wilayah Chiang Mai, Nirat Pongsitthavorn mengeluarkan kenyataan menggesa sektor swasta dan awam membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah berkuat kuasa Jumaat.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya kekal berada di dalam rumah terutamanya kanak-kanak, wanita hamil dan warga emas.
"Semua pusat jagaan kanak-kanak tanpa penghawa dingin diarah ditutup buat sementara waktu hari ini," katanya dalam satu kenyataan.
Agensi Pembangunan Teknologi Geo-Informatik dan Angkasa (GISTDA) melaporkan terdapat 3,280 titik panas di Thailand dengan 302 direkodkan di Chiang Mai, Chiang Rai (289) dan Mae Hong Son (281).
Sementara itu, Laos mempunyai jumlah titik panas tertinggi dengan 9,653, diikuti Myanmar (7,161), Vietnam (1,516) dan Kemboja (767).
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Jumaat menghadiri mesyuarat tiga hala dengan rakan sejawatnya dari Laos Sonexay Siphandone dan ketua junta Myanmar Min Aung Hlaing secara atas talian untuk membincangkan cara memerangi pencemaran jerebu rentas sempadan dalam kalangan ketiga-tiga negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023

Kualiti udara mencapai tahap berbahaya di Chiang Mai, Thailand pada Jumaat mendorong pihak berkuasa tempatan menggesa orang ramai bekerja dari rumah. - Gambar fail/REUTERS

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jerebu selubungi Chiang Mai Thailand, kualiti udara capai tahap berbahaya
Kualiti udara mencapai tahap berbahaya di Chiang Mai, Thailand pada Jumaat mendorong pihak berkuasa tempatan menggesa orang ramai bekerja dari rumah.