KUALA LUMPUR: Inspektor Sheila yang tular di media sosial didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan mendatangkan kegusaran awam di sebuah pusat beli-belah, dengan menjerit dan membunyikan hon kereta, lima bulan lalu.
Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, selaku orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi, membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga mendatangkan kegusaran am terhadap seorang wanita berusia 27 tahun.
Kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta, sebuah pusat beli-belah di Brickfields di sini, pada jam 5.26 petang, 16 Jun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 290 kanun sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM400, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Zuhairi Osman mencadangkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam, M Manoharan yang mewakili Sheila, merayu agar anak guamnya dilepaskan dengan bon tanpa ikat jamin dan akan membuat aku janji untuk hadir ke mahkamah pada setiap tarikh prosiding kes yang ditetapkan.
“Pertuduhan terhadap Sheila adalah tidak berasas dan sangat memalukan, sedangkan dia telah berkhidmat sebagai pegawai polis selama sembilan tahun malah dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Illi Marisqa membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Disember depan untuk serahan dokumen.
Untuk rekod, Sheila mempunyai tiga pertuduhan kes jenayah di Mahkamah Majistret Selayang, yang mana perbicaraan kes itu ditetapkan bermula 5 hingga 7 Februari tahun depan.
Pada 26 Jun lalu, Sheila didakwa mengugut seorang wanita berusia 69 tahun dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan berkata; ‘You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu’ dan menyebut pangkat dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya.
Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 08 2023

Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan. - Gambar fail/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Inspektor Sheila bebas kes hina peguam
Mahkamah Majistret melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.

Tiga kes Inspektor Sheila batal, tiga lagi kekal
Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa membatalkan tiga pertuduhan yang didaftar secara berganda dihadapi Inspektor Sheila.

Representasi 'Inspektor Sheila" batal pertuduhan sebabkan kegusaran awam ditolak
Representasi dikemukakan 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam ditolak pihak pendakwaan.

AGC belum buat keputusan berhubung representasi Inspektor Sheila untuk batal pertuduhan
Jabatan Peguam Negara masih belum membuat keputusan berhubung representasi yang difailkan 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan.

Status representasi Inspektor Sheila 20 Mac
Status representasi Inspektor Sheila untuk membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran orang awam ditetapkan pada 20 Mac depan.

Inspektor Sheila belum putuskan hantar representasi
Pembelaan bagi pihak Inspektor Sheila masih mengkaji sama ada akan memfailkan representasi atau sebaliknya.

Jerit, bunyikan hon, Inspektor Sheila didakwa timbulkan kegusaran awam
Inspektor Sheila didakwa lagi di Mahkamah Majistret atas satu pertuduhan mendatangkan kegusaran awam di sebuah pusat beli-belah, dengan menjerit dan membunyikan hon kereta, lima bulan lalu.

Inspektor Sheila akan fail bantahan awal kes aib, ugut
Pihak pembelaan bagi pihak Inspektor Sheila akan memfailkan bantahan awal di Mahkamah Majistret, terhadap dua pertuduhan mengaibkan dan satu kes mengugut.

Inspektor Sheila ditahan kerja, kuasa dan hak keistimewaan digantung - Bukit Aman
Inspektor Percubaan S Sheila Sharon yang dihadapkan ke mahkamah hari ini telah dikenakan perintah tahan kerja.

Inspektor Sheila didakwa tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan
Tertuduh, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan.