BERLIN: Canselor Jerman Olaf Scholz pada Khamis berkata beliau tidak melihat risiko krisis kewangan baharu di Jerman dan Eropah selepas kejatuhan Bank Silicon Valley di Amerika Syarikat (AS) dan keadaan tidak menentu dalam bank pelaburan global Credit Suisse yang berpangkalan di Switzerland.
"Saya tidak nampak bahayanya. Sistem monetari tidak lagi rapuh seperti sebelum krisis kewangan [2008]," kata Scholz kepada akhbar Handelsblatt.
Pemimpin Jerman itu berkata beliau tidak menjangkakan perkembangan terkini dalam sektor perbankan global memberi kesan serius kepada pendeposit Jerman, lapor Sputnik
"Deposit penyimpan Jerman selamat. Bukan sahaja disebabkan oleh peningkatan daya tahan sistem perbankan dan peraturan yang lebih ketat malah pengukuhan kuasa ekonomi kita," kata Scholz.
Minggu lepas, pengawal selia California menutup Silicon Valley Bank (SVB), bank terbesar AS yang ditutup sejak krisis kewangan 2008.
Masalah SVB dipercayai berkait dengan kenaikan kadar faedah oleh Sistem Rizab Persekutuan yang menyebabkan kemerosotan nilai aset dalam kunci kira-kira kebanyakan institusi kewangan selain pengurusan risiko yang lemah.
Pada Ahad, pihak berkuasa menutup Signature Bank yang berpangkalan di New York kerana risiko sistemik dengan ia merupakan kegagalan bank yang ketiga terbesar dalam sejarah AS.
Pada Rabu, harga saham Credit Suisse menjunam hampir 30 peratus sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai masalah mudah tunai.
Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland pada hari yang sama berkata Credit Suisse memenuhi keperluan kecairan dan Bank Negara Switzerland akan menyediakan mudah tunai jika perlu.
Pada hari Khamis, Credit Suisse mengumumkan penjualan aset lebih AS$3 bilion dengan Majlis Persekutuan Switzerland mengadakan mesyuarat tergempar pada Khamis untuk membincangkan situasi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023
Pemimpin Jerman itu berkata beliau tidak menjangkakan perkembangan terkini dalam sektor perbankan global memberi kesan serius kepada pendeposit Jerman. -AP
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula 26 Februari dengan Titah Diraja oleh Sultan Ibrahim. Perbahasan usul, RUU penting, dan Kertas Putih Agenda Negara Menua turut menjadi agenda utama.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Angka ini menunjukkan peningkatan ketara, lebih empat kali ganda berbanding 80 kematian yang dicatatkan pada 2023.
Rempuhan pasar Krismas: Suspek didakwa dengan lima tuduhan membunuh
Suspek dalam serangan tragis di pasar Krismas yang mengorbankan lima nyawa dan mencederakan 200 orang didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan.
Liga Jerman akan perluas 'Bundesliga Pass' ke negara tambahan
India menjadi negara pertama di luar Jerman yang dapat mengakses semua perlawanan Bundesliga dan divisyen kedua melalui perkhidmatan itu pada Ogos.
Persatuan Penerbangan Jerman jangka kos penerbangan meningkat
Kos kawalan trafik udara yang meningkat turut memaksa syarikat penerbangan memindahkan beban kewangan ini kepada pelanggan.
Tekanan terhadap Scholz supaya lupakan hasrat bertanding semula meningkat
Canselor Jerman, Olaf Scholz pada Ahad berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat daripada dalam partinya supaya tidak bertanding.
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Mercedes-Benz buka loji kitar semula bateri pertama Eropah
Loji itu mampu memulihkan lebih 96 peratus bateri terpakai dan menukar 2,500 tan bahan yang dipulihkan menjadi lebih 50,000 modul bateri.
Itali, Perancis dan Sepanyol kutuk serangan Israel ke atas pasukan pengaman PBB
Pemimpin Itali, Perancis dan Sepanyol mengutuk serangan Israel ke atas UNIFIL, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.
BMW tolak langkah jangka pendek kerajaan Jerman
Sektor automotif Jerman tidak memerlukan penyelesaian jangka pendek yang akan mengganggu pasaran, kata pengeluar kereta yang berpusat di Munich itu.