Seorang suri rumah menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas dengan menjual jeruk mangga bagi menampung perbelanjaan anak tunggalnya yang terlantar akibat penyakit paru-paru kronik.
Norhayati Abdullah, 26, berkata dia terdetik untuk menjalankan perniagaan makanan ringan berkenaan untuk membantu suaminya Mohd Saiful Azrin Hazmi, 28, yang hanya bekerja sebagai buruh, mencari pendapatan tambahan.
"Sebelum tempoh pelaksanaan PKP, kami tiga beranak bergantung harap dengan pendapatan suami sebanyak RM350 seminggu, namun sejak perintah ini dilaksanakan kami kesempitan hidup disebabkan suami tidak dapat keluar bekerja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Sembilan di sini.
Norhayati berkata anak tunggalnya Nur Amni Fatini Mohd Saiful Azrin, 4, disahkan menghidap penyakit paru-paru ketika berusia dua tahun selepas sering kali mengalami demam yang berpanjangan.
"Anak saya mengalami komplikasi kekurangan oksigen ke otaknya sejak lahir dan disebabkan itu hampir tiga bulan dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Nor Hayati berkata, Nur Amni Fatini terlantar sepanjang hari itu tidak boleh berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak lain seusianya dan hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang diberikan melalui tiub yang dipasang pada bahagian perutnya.
Beliau berkata Nur Amni Fatini diberikan susu enam kali sehari dan susu berkenaan yang berharga RM150 setin hanya mampu bertahan bagi tempoh seminggu.
"Walaupun saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, ia masih tidak mencukupi kerana untuk menyiapkan keperluan Nur Amni Fatini sahaja peruntukan sebanyak RM1,000 sebulan diperlukan untuk membeli susu khas sebanyak RM600 (empat tin) dan lampin pakai buang," katanya.
Nor Hayati berkata beliau menjual jeruk dengan harga RM10 sebekas dan hasilnya mampu menampung kekurangan perbelanjaan mereka sekeluarga sekali gus membeli keperluan Nur Amni Fatini.
Ditanya bekalan mangga untuk dibuat jeruk, Nor Hayati berkata ia dibeli daripada penduduk di sekitar kawasan Bachok dengan harga RM2 sekilogram.
"Saya mempromosikan jeruk mangga ini di laman Facebook serta aplikasi WhatsApp saya dan pelanggan akan membuat tempahan awal sehari. Kebiasaannya, purata pendapatan harian yang diperoleh adalah sekitar RM70 bergantung kepada tempahan.
"Bagi pelanggan yang memesan untuk dihantar secara terus ke rumah, kos penghantaran akan dikenakan antara RM3 ke RM4 bergantung jarak perjalanan. Biasanya pelanggan saya terdiri daripada penduduk di sekitar Kota Bharu dan juga Bachok," katanya.
Beliau yang juga penerima manfaat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan sebanyak RM1,600 yang diberikan kepada golongan isi rumah B40.
"Saya akan menggunakan bantuan ini sebaiknya bagi kegunaan keperluan harian selain untuk membeli susu dan lampin anak saya," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini boleh meyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Nor Hayati Abdullah bernombor 0300941000019491 atau menghubunginya di talian 011-25560464. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 13 2020

Norhayati berkata dia melakukan usaha menjual jeruk selepas pendapatan suaminya sebagai buruh terjejas disebabkan PKP. Gambar/ Bernama.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Pengorbanan bapa tinggal dalam kereta di HRPB raih simpati orang ramai
Asalnya, Adi Saifullizam sekadar berkongsi gambar meminta rakan-rakan mendoakan anaknya.

'Semoga Allah angkat kesakitan Ayra Aryssa. Berikan kesabaran buat Amyra, Amar'
Rakan-rakan artis dan peminat mendoakan agar anak kedua Amyra dan Amar yang dijangkiti penyakit Kawasaki akan segera sembuh.

Buntu fikir jaga dua anak sakit selepas suami hilang pendapatan
Bagi Noor Suraya Saidin, 36, dan suaminya, Mohd Idzwan Jamari, 39, keadaan tidak mudah lebih-lebih lagi dua daripada empat anak mereka mempunyai penyakit serius.

Gelagat ibu kucing gonggong anak sakit ke hospital sentuh hati netizen
Si ibu kucing pula, setelah menyedari anaknya mulai sembuh, terus membawa si comel ke pusat rawatan berkenaan sehinggalah ia pulih daripada jangkitan.

MB Perak bantu keluarga tular tunggang motosikal dari Ipoh ke HKL
Isteri Menteri Besar, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi, berkata selain membantu menyediakan pengangkutan, beberapa bantuan lain akan diberikan kepada mereka.

Ibu tunggal buntu fikir nasib anak hidap penyakit misteri
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengubati penyakit anak sulung daripada tiga beradik itu termasuk membawanya ke hospital dan berubat secara tradisional.

Jeruk mangga 'talian hayat' keluarga tampung anak sakit paru-paru kronik
Seorang suri rumah memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas dengan menjual jeruk mangga bagi menampung perbelanjaan anak tunggalnya yang terlantar ak

"Sampai ke Mekah orang mendoakan dia .." - Anak Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad beransur pulih
Alhamdulillah ..