LONDON: Buat kali kedua dalam tempoh seminggu, jet pejuang Britain dan Jerman memintas pesawat Rusia berhampiran ruang udara Estonia pada Jumaat ketika NATO menjalankan tugas kepolisan udara bersama di rantau itu.
Kedua-dua jet Typhoon itu memintas jet penumpang Tu-134 tentera Rusia, yang dikenali sebagai Crusty oleh NATO yang diiringi dua jet pejuang Sukhoi Su-27 Flanker, dan sebuah pesawat pengangkut tentera AN-12 Cub," lapor agensi Anadolu memetik kenyataan Tentera Udara Diraja (RAF) UK pada Sabtu.
Menurut RAF operasi itu sebagai jaminan bahawa UK dan Jerman bersama sekutu NATO yang lain membantu sekutu Estonia mereka dalam tempoh yang tegang ini.
"Kami segera mengenal pasti pesawat Rusia dan kemudian memantaunya ketika ia terbang berhampiran ruang udara NATO," kata komander RAF Richard Leask.
Misi Kepolisan Udara NATO dijalankan untuk memastikan pesawat yang mempunyai kepentingan, dipintas bagi mengekalkan keselamatan penerbangan untuk semua pengguna ruang udara.
RAF dikerahkan di Estonia untuk Operasi Azotize dan akan mengambil alih kepimpinan daripada unit tentera Jerman pada April.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023

Operasi itu sebagai jaminan bahawa UK dan Jerman bersama sekutu NATO yang lain membantu sekutu Estonia mereka dalam tempoh yang tegang ini. - AP

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Indonesia terima jet pejuang T-50 Korea Selatan pada 2025, 2026 - Mohamad
Tentera Udara Indonesia akan memperoleh beberapa jet pejuang T-50 yang dikeluarkan oleh Korea Aerospace Industries sepanjang 2025 dan 2026.

Jet pejuang Tentera Laut AS terkena insiden "tembakan sendiri" di Laut Merah
Dua juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terselamat selepas melenting keluar dari jet pejuang F/A-18 yang ditembak jatuh di Laut Merah.

Azerbaijan tandatangani kontrak beli jet pejuang JF-17 Pakistan
Pembelian pesawat JF-17 itu "akan memperkukuh keupayaan kuasa udara Azerbaijan.

Jet pejuang SU-34 Rusia terhempas di Ossetia Utara
Sebuah jet pejuang Su-34 milik Tentera Aeroangkasa Rusia terhempas di Ossetia Utara pada Selasa selepas mengalami masalah teknikal hingga mengorbankan seorang anak kapal.

DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.

Rusia-China hantar jet pejuang, Korea Selatan 'tinjau'
Walaupun pencerobohan ke dalam zon KADIZ, tentera berkata pesawat itu tidak melanggar ruang udara wilayah Korea Selatan.

India lulus pemerolehan senjata bernilai AS$26 bilion
Kementerian Pertahanan India meluluskan pemerolehan senjata, termasuk jet pejuang dan helikopter, bernilai 2.23 trilion rupee.

Dua pesawat pejuang Tentera Indonesia terhempas
Dua pesawat serangan ringan, masing-masing membawa seorang juruterbang dan pembantu juruterbang terhempas di bandar Pasuruan, Jawa Timur sebelum tengah hari Khamis.

Jet Israel bedil ibu pejabat Bulan Sabit Merah Palestin
Jumlah korban di Semenanjung Gaza akibat serangan udara Israel sejak Sabtu lalu kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,055 orang.

Serpihan jet pejuang hilang ditemui berhampiran pangkalan udara Carolina Salatan, AS
Pangkalan Bersama Charleston dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa serpihan jet pejuang F-35 yang hilang di Carolina Selatan pada hujung minggu lalu ditemui di utara pangkalan tentera udara.