GEORGE TOWN: Kedai menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang kini menjadi kontroversi disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd Hanif Omar@Wahab berkata, siasatan mendapati pemilik kedai tersebut yang juga seorang Muslim turut mempunyai restoran nasi ayam dan itik di sebuah kompleks beli-belah di sini.
Bagaimanapun katanya, untuk premis di kompleks beli-belah, ia milik bersama antara lelaki Muslim tersebut bersama seorang pemilik bukan Islam.
Menurutnya, pemeriksaan pada premis di pusat beli-belah itu juga didapati tidak mempunyai SPHM.
"Siasatan dijalankan pada hari ini (Selasa) bermula jam 10.45 pagi hingga 3 petang di dua lokasi iaitu sebuah medan selera di kompleks beli-belah dan sebuah kedai nasi ayam dan itik di Paya Terubong.
"Ia melibatkan JHEAINPP dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Tambah beliau, hasil siasatan mendapati nasi ayam dan itik yang dimasak di premis di kompleks beli-belah tersebut turut dibawa untuk dijual di kedai di Sungai Ara.
"Siasatan oleh JHEAIPP mendapati, kedai nasi ayam dan itik di Sungai Ara tidak dibuka. Selain kedai itu, kita turut menjalankan siasatan di sebuah restoran menjual nasi ayam dan itik di Paya Terubong.
"Premis itu menyediakan makanan nasi ayam, itik dan juga daging khinzir," katanya.
Jelasnya lagi, pemilik kedai tersebut mengaku hanya menghantar makanan yang tidak habis dijual ke restoran di Paya Terubong untuk diberi kepada anjing selain membasuh bekas-bekas dan peralatan makanan di situ.
"Kita menasihati pemilik kedai tersebut memohon SPHM daripada JHEAIPP," katanya.
Sebelum ini, tinjauan Sinar Harian mendapati, dua lelaki dipercayai pemilik premis menjual nasi ayam dan itik di sebuah kompleks beli-belah di sini diambil keterangan oleh sekumpulan penguat kuasa yang terdiri daripada KPDNHEP Pulau Pinang dan JHEAIPP.
Sesi soal siasat itu dilakukan di hadapan sebuah premis di kompleks membeli-belah di sini pada tengah hari Selasa.
Salah seorang penguat kuasa ketika ditemui di lokasi berkata, mereka hanya datang untuk mengambil keterangan bagi menjalankan siasatan selanjutnya.
Katanya, hasil keterangan awal, mereka mendakwa nasi ayam dan nasi itik tersebut dimasak di premis makanan di sebuah kompleks membeli-belah di sini sebelum dibawa ke kedai di Sungai Ara.
Sebelum ini, tular klip video berdurasi 2 minit 38 saat berhubung dua lelaki Melayu dilihat memasuki sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong dipercayai untuk mengambil masakan nasi ayam dan menjualnya di gerai milik orang Melayu di Sungai Ara.
Perkara itu telah mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Muslim terutamanya pelanggan yang pernah membeli juadah nasi ayam di kedai terbabit.
Difahamkan, setelah tular video tersebut, pemilik gerai telah menutup perniagaan mereka selepas dinasihati penduduk berdekatan.
Lebih mengecewakan, kedai itu tular dan mendapat perhatian ramai setelah ia mendapat liputan daripada seorang pempengaruh media sosial.
Bagaimanapun, pempengaruh tersebut telah tampil menjelaskan perkara sebenar yang mana dia tidak mengetahui mengenai tuduhan tersebut dan hanya menjalankan tugas setelah dibayar untuk membuat ulasan.
Bimbang tuduhan tersebut akan mengeruhkan lagi keadaan, pempengaruh tersebut telah memadam video berkenaan.
Susulan daripada itu, tular sebuah lagi video dipercayai daripada pemilik kedai yang menafikan tuduhan tersebut.
Pemilik kedai terbabit menjelaskan bahawa mereka memasak makanan itu sendiri di sebuah premis di kompleks membeli-belah sebelum membawanya untuk dijual di premisnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 16 2022
Klip video dua lelaki memasuki restoran bukan Islam di Paya Terubong dipercayai untuk mengambil nasi ayam dan menjualnya di gerai milik orang Melayu di Sungai Ara, menjadi tular baru-baru ini. - Gambar/ Sinar Harian
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
JHEAIPP sahkan kedai nasi ayam di Sungai Ara tiada sijil halal
Kedai menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang kini menjadi kontroversi disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).