KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melaksanakan kempen 'Say No To Valentine Day ' sebagai usaha pencegahan kepada maksiat dan perlakuan tidak senonoh pada hari kekasih yang disambut setiap 14 Februari.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Khairul Azizi Idris berkata, dakwah jalanan itu diadakan di pusat beli-belah dan beberapa kawasan tumpuan pelancong di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu pada Sabtu.
Menurutnya, seramai 20 pegawai penguat kuasa syariah terlibat dalam kempen tersebut dalam usaha memberi pendidikan dan kesedaran mengenai sambutan hari kekasih yang bercanggah dengan Islam.
"Program ini bertujuan memberi peringatan kepada masyarakat berkaitan sambutan hari kekasih yang mana ramai pasangan muda mengambil kesempatan meraikannya hingga terjebak dengan maksiat," katanya pada Ahad.
Khairul Azizi berkata, antara kesalahan yang sering dikesan adalah di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
Selain itu katanya, ada juga pasangan yang ditangkap di bawah Seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 Terengganu kerana berkhalwat.
Jelas beliau, jika sabit kesalahan pesalah bagi kedua-dua kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Kita tidak mahu ada yang melakukan kesalahan ini jadi, JHEAT mengambil pendekatan pencegahan supaya orang ramai khususnya remaja sedar bahawa hari kekasih tidak wajar disambut sekaligus terhindar dari maksiat," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 12 2023

Pegawai penguatkuasa syariah mengedarkan risalah kempen 'Say No To Valentine Day' kepada orang ramai. - Foto JHEAT

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

JHEAT laksana kempen cegah maksiat sempena hari kekasih
JHEAT laksana kempen cegah maksiat sempena hari kekasih

Kluster Jalan Green di Sarawak dikesan susulan pergaduhan pada Hari Kekasih
Kluster Jalan Green telah menyebabkan seramai 130 anggota polis dikuarantin.

Wanita bunuh teman lelaki di Hari Kekasih demi kahwini bapa kandung
Seorang wanita yang sanggup membunuh teman lelakinya demi untuk berkahwin dengann bapa kandungnya dihukum penjara 40 tahun.

Isteri masih terima bunga dari mendiang suami sejak 8 tahun lalu
Rich Cox tetap menghantar jambangan bunga kepada isterinya, Tracey, setiap kali tibanya ulang tahun isterinya.

'Nafas Iblis' aiskrim paling bahaya di dunia
Pemilik kafe mengeluarkan peraturan bahawa hanya pelanggan yang melebihi umur 18 tahun sahaja dibenarkan membeli aiskrim ini.

Jaguh paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius kemuka rayuan kurangkan hukuman penjara
Jaguh paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius kemuka rayuan bagi mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dijalani kerana membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp.

Remaja 17 tahun buat tiga kerja untuk beli 900 kuntum bunga
Hayden Godfrey sanggup menghabiskan wang gajinya demi menggembirakan rakan-rakan perempuannya di sekolah yang belum berteman, sempena Hari Kekasih.

5 Hadiah unik untuk kekasih
Setiap hari adalah hari kekasih, menghargai insan yang tercinta bukan hanya tunggu bulan Februari saban tahun.

India dan Afghanistan lancar kempen One Billion Rising
Sempena sambutan Hari Kekasih, ratusan pelajar, aktivis menyertai aktiviti jalanan bagi menyokong kempen hentikan keganansan terhadap wanita.

Wanita maut jatuh dari tingkat enam
Satu kejadian tragis telah berlaku pada Hari Kekasih di mana seorang wanita berusia 36 tahun telah maut akibat jatuh dari tingkat enam sebuah pusat membeli-belah di Jalan Imbi.