KOTA KINABALU:Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan memasang perangkap buaya di Sungai Kampung Mengkabong, dekat Tuaran, bagi menangkap haiwan reptilia itu yang dipercayai menyerang seorang remaja lelaki, Khamis lalu.
Pengarah JHL Sabah Augustine Tuuga ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mula memasang perangkap buaya di kawasan berkenaan dalam tempoh terdekat.
"Kami telah melawat tempat kejadian dan memang ia kawasan habitat buaya. Kawasan ini terlalu luas dan kami akan cuba memasang perangkap buaya dalam tempoh terdekat ini," katanya di sini, hari ini.
BACA: Remaja terselamat, enam rakan 'belasah' buaya di Tuaran
Dalam kejadian pada 3.30 petang, Khamis lepas, mangsa Azlan Arif Abdullah terselamat daripada dibaham buaya selepas enam rakannya 'membelasah' buaya terbabit, bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian badan, kaki kanan dan perut.
Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim, buaya berukuran kira-kira 1.52 meter panjang itu menyerang dan menggigit seorang daripada kumpulan remaja dan kanak-kanak yang berumur antara sembilan dan 16 tahun ketika mereka sedang mencari lokan dan siput di sungai berkenaan.
Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuaran dan akan dirujuk ke Hospital Kota Belud atau Hospital Papar untuk menerima rawatan lanjut susulan kecederaan teruk yang dialami.
Sementara itu, Augustine turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti di kawasan yang menjadi habitat buaya bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
"Sekiranya boleh dielakkan, maka elakkan (melakukan aktiviti di kawasan tersebut)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020

Dalam kejadian Khamis lepas, mangsa terselamat selepas enam rakannya 'membelasah' buaya terbabit. -Gambar hiasan

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin.

Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.

Kandang pembiakan buaya bolos, dikhuatiri banyak terlepas ke perairan Batam
Menurut Kompas, kejadian berlaku akibat kesan hujan lebat dan kenaikan paras air dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.

APM tangkap buaya lebih 300kg di Sandakan
Haiwan liar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.

Mahu pukat ikan, tertangkap buaya
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut bersama tangkapan yang lain dalam pukat milik nelayan di Bagan Ikan, Bagan Datuk dekat sini pagi tadi.

Buaya baham pekerja ladang di Lahad Datu ditembak mati
Jabatan Hidupan Liar lepaskan lima das tembakan ke arah buaya itu bagi membolehkan mayat Rusdi Tambah diambil daripada mulutnya.

Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam dibuka semula kepada awam
Aktiviti riadah, berjoging dan berkelah di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam kini boleh dilakukan seperti biasa.