Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah mendapatkan bantuan polis untuk menjejaki pembunuh seekor gajah Pygmy yang ditemukan mati di Sungai Udin Dumpas di Kalabakan, Tawau.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata pegawai di jabatan itu telah mengadakan mesyuarat dengan polis semalam dalam usaha memburu individu yang terlibat membunuh gajah itu dengan kejam.
"Pembunuh gajah ini yang terlibat dianggarkan membabitkan empat orang. Ia perbuatan jahat... sepatutnya hargai hidupan liar bukan bunuh.
"Saya berharap Renjer JHL dan polis dapat tangkap mereka yang terlibat secepat mungkin," katanya ketika ditemui pemberita Malaysia di sini, malam tadi.
Beliau berada di Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia untuk mengikuti lawatan kerja Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
BACA: Gajah pygmy dibunuh kejam, 70 peluru ditemui dalam badan
BACA: KATS pandang serius pembunuhan kejam gajah pygmy di Kalabakan
Gajah tersebut ditemukan mati oleh pemancing pada Khamis lepas dalam keadaan terduduk di sungai itu.
Liew, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata beliau berasa sedih kerana sungguhpun kini hanya terdapat kira-kira 1,500 ekor gajah di Sabah tetapi ada pihak masih membunuh gajah dengan kejam.
"Berdasarkan peluru dijumpai di badan gajah itu dengan 70 kesan tembakan, senjata api digunakan oleh pembunuh adalah mesingan semi automatik," katanya.
Beliau berharap pelaku dalam kejadian itu dapat ditangkap untuk diambil tindakan undang-undang sewajarnya disebabkan gajah merupakan hidupan liar dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual 1 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.
BACA: Gajah pygmy dibunuh kejam: Polis lancar Operasi Khazanah buru suspek
BACA: WWF Malaysia kecam pembunuhan kejam gajah pygmy
Katanya biarpun ketika ini tidak berada di Sabah, beliau sentiasa berhubung dengan Pengarah JHL Augustine Tuuga untuk mendapatkan perkembangan terkini.
Dalam pada itu, beliau berharap akan ada pihak tampil memberikan maklumat bagi membantu usaha menjejaki individu terlibat terutama selepas ganjaran dinaikkan kepada RM30,000 kepada pemberi maklumat.
Beliau turut menolak kemungkinan kejadian ini membabitkan sindiket.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 02 2019
LIEW: Saya berharap Renjer JHL dan polis dapat tangkap mereka yang terlibat secepat mungkin. - Gambar fail
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Feb ini.
Penghantar barang didakwa tipu urusan jual beli kenderaan lelong JPJ
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Sungai Serdang, Kapar, dekat Kuala Selangor antara 11 Sept dan 3 Okt 2024.
Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 April depan bagi mendengar rayuan Muhammad Yasin Sulaiman, yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan atas tiga kesalahan berkaitan dadah.
ASEAN 2025 | 5 Februari 2025
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawakan tumpuan berikut:
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.
Thai mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Thailand mahu Malaysia bantu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat awal persekolahan lebih-lebih lagi untuk menerapkan kemahiran mengajar bagi mencapai matlamat melahirkan modal insan yang mementingkan segala aspek kehidupan.
Singapura mungkin bukan sasaran tarif langsung AS, kata Vivian Balakrishnan
Amerika Syarikat mungkin tidak mengenakan tarif langsung ke atas barangan dari Singapura, kata menteri luarnya vivian balakrishnan.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Thailand sekat bekalan elektrik ke Myanmar
Thailand memotong bekalan elektrik rentas sempadan ke lima lokasi di Myanmar pada hari Rabu (5 Feb), dalam usaha untuk membanteras pusat penipuan dalam talian yang disalahkan kerana menakutkan pelancong China.
KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.
'Jangan ganggu harimau dahan jika terserempak'
Setakat ini, JHL Sabah belum dapat mengesahkan kesahihan haiwan itu berkeliaran di jalan raya.
Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.
JHL buru buaya 'dibelasah' sekumpulan remaja kerana serang rakan
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan memasang perangkap buaya di Sungai Kampung Mengkabong, dekat Tuaran.
Gajah Borneo ditemui mati akibat keracunan makanan
Seekor gajah Borneo betina ditemui mati di sebuah ladang di kawasan Malua, dipercayai akibat keracunan.
Dua gajah betina ditemui mati
Dua gajah betina Borneo ditemui mati, masing-masing satu di ladang kelapa sawit di Sukau, Kinabatangan dan Hutan Simpan Deramakot hari ini.
Nelayan meninggal dunia diserang buaya ketika memeriksa pukat
Allahyarham, Roslin Kalan, 47, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Duchess of Kent Sandakan kira-kira jam 3.20 pagi, pada Ahad selepas diserang buaya pada 28 November lalu.
Op Khazanah rampas tulang gajah, tanduk rusa, senjata api, peluru
Pegawai Memerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan, Supt Toipi Lamat berkata, operasi berkenaan bermula 19 November lalu.
Bangkai badak sumbu Sumatera, Iman dicadang diawetkan
Bangkai Iman, badak sumbu Sumatera yang dilaporkan mati semalam akan dicadangkan untuk diawetkan.
Penduduk gempar lihat kejadian buaya baham seekor anjing
Gempar dan mencemaskan, apabila seekor buaya membaham seekor anjing dengan mudah dalam satu kejadian di Pantai Felda Sahabat 16,dekat sini, pada Khamis.
Kematian gajah pygmy: 'Girang' dipercayai alami keracunan
Bedah siasat mendapati organ gajah itu seperti jantung, paru-paru, hati, limpa dan buah pinggang dilaporkan mengalami 'severe congestion'.