Seorang bekas pegawai bank yang mengendalikan akaun bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho, atau Jho Low mendesak beliau supaya tidak menggunakan e-mel rasmi AmBank untuk menghantar draf surat arahan kepada pemegang mandat akaun bekas perdana menteri itu.
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping, 48, memberitahu bahawa berdasarkan perbualan kumpulan melalui BlackBerry Messenger (BBM) antara beliau, Jho Low dan bekas ketua pegawai eksekutif SRC International Sdn Bhd dan pemegang mandat akaun Najib, Nik Faisal Ariff Kamil, meminta beliau menggunakan Google Mail (Gmail peribadi Yu) mengenai arahan pergerakan wang antara akaun.
Saksi ke-54 pendakwaan memberitahu demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib pada hari ke-46 perbicaraan bekas perdana menteri itu terhadap penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM42 juta.
Harvinderjit: mesej pertama dalam perbualan kumpulan itu ialah Jho Low mengarahkan Nik menandatangani surat arahan yang anda akan e-mel kepadanya. Ia menyusul selepas anda menyebut bahawa akaun itu sekali lagi mencatatkan pengeluaran berlebihan.
Yu: Ya.
Harvinderjit: Jho Low kemudian menjawab "Sila teruskan".
Yu: Saya tidak pasti sama ada mesej itu dimaksudkan untuk saya.
Harvinderjit: Jho Low kemudian menjawab "Sila gunakan Gmail, jangan gunakan e-mel AmBank dan e-mel kepada Nik Faisal" yang anda menjawab "Okey".
Harvinderjit kemudian bertanya kepada Yu sama ada Jho Low mempunyai mandat untuk memberikan arahan lisan, dengan mengenepikan kedudukan Nik Faisal sebagai pemegang mandat yang boleh melakukan arahan bertulis, memandangkan Yu sentiasa mengambil arahan daripadanya.
Harvinderjit: Adakah ada surat mandat lisan dari Jho Low?
Yu: Tiada.
Harvinderjit: Adakah anda dibenarkan berurusan dengan pihak ketiga tidak sah yang bukan pemegang mandat akaun?
Yu: Tidak.
Harvinderjit: Adakah anda menyedari bahawa ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA)?
Yu: Ya.
Sambil membelek catatan perbualan BBM antara saksi dan Nik Faisal, Harvinderjit membuat andaian bahawa dia telah mengajar Nik Faisal mengenai apa yang harus ditulis kepada bank berhubung operasi mengenai akaun bank Najib.
Harvinderjit: Anda mengirim mesej kepada Nik Faisal tentang apa yang harus dijawab kepada dua lagi pengurus perhubungan, Krystle Yap dan Daniel Lee sebagai respon dan apa yang harus dikatakan?
Yu: Ya.
Perbualan itu termasuk pada suatu ketika apabila Yu mengajar Nik Faisal perkataan demi perkataan yang dia perlu e-mel kepada bank untuk memberitahu bahawa dana hanya tersedia pada hari berikutnya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 31 2019

Jho Low mendesak supaya tidak menggunakan e-mel rasmi AmBank untuk menghantar draf surat arahan kepada pemegang mandat akaun Najib Razak. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.