GEORGE TOWN: Sebuah kilang roti di Jalan Kedah, di sini diarah tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan susulan penemuan najis tikus di premis tersebut.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata premis yang telah beroperasi selama 50 tahun itu juga didapati menggunakan logo halal yang mengelirukan pada kotak pembungkusan.
Beliau berkata semua kesalahan itu dikesan semasa ‘Ops Bersih’ yang dijalankan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) pagi tadi dan tindakan penutupan dibuat selama dua minggu bagi tujuan pembersihan.
"Kita lihat terdapat satu logo halal di kotak, keadaan ini amat membimbangkanlah ia kerana setiap kali serbuan yang kita lakukan banyak syarikat dan pemilik guna logo halal. Ini boleh mengelirukan terutamanya untuk orang Islam.
"Kita tidak melarang penggunaan logo halal tetapi pemilik harus mendapat kelulusan pihak berwajib sebelum guna logo halal supaya dapat mengelakkan kekeliruan umat Islam di luar," katanya.
BACA: Bulu binatang, najis tikus bertaburan di kilang kicap dan roti
BACA: Kilang fucuk kotor, penuh najis tikus diarah tutup
Selain kilang roti, Jabatan Kesihatan negeri turut menutup sebuah kilang membuat mi di Jalan Pintal Tali.
Wazir berkata, kilang mi yang berusia 80 tahun itu gagal mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM), apabila meletakkan makanan yang telah siap diproses di atas lantai selain bungkusan mi tidak mempunyai label.
Menurutnya, kilang roti dan kilang mi itu memasarkan produk mereka di Pulau Pinang sahaja dan pernah diserbu pada tahun lepas.
Namun, pihaknya hanya mengeluarkan notis kompaun dan amaran kepada pemilik ketika itu.
"Kita keluarkan kompaun bernilai hampir RM3,000 dan kita juga mengeluarkan notis penutupan ke atas kedua-dua premis dimana kita dapati terdapat najis tikus dimana keadaan situasi tersebut membimbangkan dimana najis kita lihat berada di atas plastik pembungkusan, itu amat membimbangkanlah kemungkinan berlaku pencemaran," katanya lagi.
Menurut Wazir, arahan penutupan dibuat di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Nov 24 2021
Sebuah kilang roti di Pulau Pinang diarah tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan. - Foto Astro AWANI
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Bulu binatang, najis tikus bertaburan di kilang kicap dan roti
Kilang proses kicap di Bagan Lebai Tahir dan kilang roti di Raja Uda, Butterworth diarah tutup 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.
Jari pekerja tersepit pada mesin penggelek tepung diselamatkan bomba
Seorang pekerja kedai roti mengalami detik cemas selepas jarinya tersepit mesin penggelek tepung di sebuah kilang di Jalan Muara Tuang, Kuching pada Jumaat.
Tidur menggigil, makan sekali sehari antara pengalaman mencabar sukarelawan
Presiden Muslim Care Malaysia Zulkifli Wahijan yang sering menyertai misi kemanusiaan sejak tahun 2005 berkongsi kisah suka duka.