KUALA LUMPUR:Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri, yang akhirnya akan menimbulkan satu lagi krisis politik, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau secara amnya berpendapat ada keperluan untuk meluluskan belanjawan itu, namun perlu ada pindaan terhadap peruntukan tertentu bagi memastikan ia lebih menyeluruh, terutamanya dalam menangani COVID-19 dan mengukuhkan kembali ekonomi.
“Kita semua ingin luluskan bajet ini. Jika ianya tidak lulus, pada lazimnya Perdana Menteri perlu letak jawatan. Akan jadi pula satu krisis politik. Kerajaan pintu belakang ini akan diganti dengan Kerajaan tebuk atap, yang juga tidak stabil.
“Kita telah ada pilihan raya yang menentukan Kerajaan pilihan rakyat didirikan. Setelah dipilih Kerajaan ini dijatuhkan dan Kerajaan oleh puak yang ditolak oleh rakyat mendirikan Kerajaan. Ini sebenarnya adalah satu penipuan walaupun tidak ada undang-undang yang melarang perbuatan ini. Ia menidakkan demokrasi,” katanya lagi.
Dr Mahathir mendakwa, Kerajaan sedia ada dilihat amat lemah, dan menghabiskan masa untuk mempertahankan kedudukannya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, di Dewan Rakyat hari ini.
Berucap lanjut, Dr Mahathir berkata, tumpuan kepada mempertahan kedudukan yang lemah, hanya menjejaskan tumpuan kepada menangani masalah wabak, dan hasilnya ialah pembaziran masa dan wang untuk merebut kuasa, seperti mana beliau dakwa berlaku di Sabah.
“Jika dahulu kita sudah berjaya kurangkan wabak, sekarang kita dihadapi dengan second dan third wave dengan jangkitan lebih seribu sehari. Ramai yang maut yang sepatutnya berada sekarang.
“Masih ada yang ingin mengadakan PRU (Pilihan Raya Umum) supaya dapat rebut kuasa. Ingatlah berapa ramai pula yang akan mati kerana Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ingin jatuh Kerajaan Sabah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Mahathir meminta agar dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dimulakan Pakatan Harapan, dapat dikembalikan semula dalam usaha mengurangkan jarak kekayaan ekonomi antara bandar dan luar bandar.
Beliau berkata, tidak patut dasar kemakmuran bersama itu ditolak semata-mata kerana ia adalah dari parti lawan.
“Kerajaan yang ditubuh bukanlah untuk orang parti-parti Kerajaan sahaja. Kerajaan kerap berkata ia adalah Kerajaan bagi semua rakyat. Oleh itu janganlah tolak cadangan parti lawan yang baik bagi semua rakyat kerana mengutamakan politik parti.
“Walaupun kita tidak perlu ketepikan Perlembagaan Negara, undang-undang dan aturan peraturan dengan mengisytihar darurat, tetapi dengan kuasa yang ada sekarang, kita masih boleh lakukan banyak tindakan
untuk membendung COVID-19 dan memulih ekonomi negara,” katanya lagi.
Mengakhiri perbahasannya, Dr Mahathir berkata, beliau dan Ahli-ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hanya akan membuat keputusan untuk menyokong atau menolak Belanjawan 2021 berdasarkan langkah Kerajaan seterusnya.
Beliau berharap agar Kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan yang telah diberikan, dan sokongan mereka bergantung kepada tahap penerimaan Kerajaan terhadap cadangan itu.
Firdaus Azil
Thu Nov 12 2020

Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri, yang akhirnya akan menimbulkan satu lagi krisis politik, kata Dr Mahathir. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

'Adakah kita telah menjadi sebahagian daripada China?' – Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan dan kebimbangannya terhadap penggunaan meluas tulisan Cina di kompleks beli-belah di sekitar Kuala Lumpur.

Mengenang Tun Daim: “Seorang sahabat dan pejuang bersama" - Tun Mahathir
Dr Mahathir menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh yang jarang ditemui, berjaya dalam bidang perniagaan dan setia menyumbang kepada negara.

Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."

Tun M hadir hadir ke mahkamah kes saman Zahid isu kutty
Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang memakai kot berwarna hitam, turut ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, kesombongan dan kebiadaban Israel, serta sikap tidak mempedulikan hak nilai kemanusiaan, melebihi kejahatan penjajah yang lampau.

Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.

'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.

Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini berkawan dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.