KUALA LUMPUR: Pengampunan DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah, menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, adalah sesuatu yang salah, tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, banyak kes melibatkan pemimpin kanan UMNO sebelum ini menyaksikan mereka menjalani hukuman sebelum diberikan pengampunan dan dibebaskan.
Mohamad berkata, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melalui proses untuk mendapatkan pengampunan, seperti mana yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Harun Idris, dan Datuk Mokhtar Hashim.
“Dia tidak boleh diampunkan selagi belum melalui proses. Itu adalah salah, sangat salah. Kebanyakan pemimpin UMNO yang terkenal, Menteri Besar Selangor Harun Idris, dia kena jalani hukuman. Mokhtar Hashim, kena jalani hukuman.
“Semua orang (yang bersalah) perlu jalani hukuman sebelum mendapat pengampunan. Ia adalah semudah itu, tiada cara lain,” katanya seperti dilaporkan dalam portal Asia Times.
Dalam pada itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, Malaysia kini merupakan sebuah negara yang sedang bergelut, dan dipimpin oleh ‘kerajaan pintu belakang’.
Katanya lagi, beliau menganggap masalah yang melingkari negara masa kini berakar dari kegagalan UMNO dan Barisan Nasional untuk memberi penerangan yang telus tentang skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selain itu, Mohamad turut berkata, Najib juga tidak boleh berharap terhadap layanan istimewa dari kerajaan yang dipimpin UMNO dan BN sekiranya ahli Parlimen Pekan itu dipenjarakan berhubung kes rasuah.
“Mahkamah adalah satu-satunya tempat untuk anda membuktikan anda tidak bersalah atau sebaliknya. Dia (Najib) tidak membuktikannya, dan dia tidak mampu membuktikannya. Jadi semua orang perlu membayarnya."
"Jika mahukan pengampunan, dia perlu melalui proses. Dia perlu masuk ke dalam (penjara) terlebih dahulu,” tambah Mohamad.
Astro Awani
Tue Jul 05 2022
Menurut Mohamad, beliau menganggap masalah yang melingkari negara masa kini berakar dari kegagalan UMNO dan Barisan Nasional untuk memberi penerangan yang telus tentang skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad. - Gambar fail
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
'Jika Najib mahukan pengampunan, ikut proses' - Tok Mat
Pengampunan DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah, menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, adalah sesuatu yang salah, tegas Datuk Seri Mohamad Hasan.