KUALA LUMPUR: Malaysia sedang meniti jalan untuk layak buat julung kali ke Piala Dunia dan memerlukan sokongan daripada semua pihak supaya pencapaian bersejarah itu mampu diraih, kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.
Berdasarkan pengalamannya, Hamidin berkata, sesuatu kejayaan perlu mendapat sokongan dalam segenap aspek antaranya peranan pihak kerajaan, saingan liga domestik dan penyokong.
Beliau menjadikan kejayaan Malaysia mengesahkan tempat ke Piala Asia 2023 pada Jun tahun lepas sebagai contoh sokongan daripada semua pihak supaya dapat memastikan skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit sejak kali terakhir pada edisi 1980 di Kuwait.
"Kita layak ke Piala Asia 2023 sebab apa? Kerana kita main (pusingan kelayakan) secara karnival, main di laman sendiri dan ada penyokong Malaysia bagi sokongan. Kita membida (jadi tuan rumah) pun satu daripada elemen (kejayaan).
"Bahrain pun nak bida ketika itu sampaikan seminggu sebelum (kelayakan mula) mereka tawar kepada kita dan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) untuk jadi tuan rumah tapi saya kata tidak, mesti main di Malaysia. Semua itu perlu dilihat dan kejayaan ini melibatkan banyak pihak," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Hamidin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) bagi penggal 2023-2027 awal bulan ini berkata, kejayaan ke Piala Asia juga dipengaruhi oleh saingan liga tempatan yang semakin baik, program pembangunan, persiapan pasukan negara dan jurulatih yang bagus.
Beliau berkata, segala daya usaha perlu terus dipertingkat bagi membolehkan Malaysia 'mencium' untuk layak ke Piala Dunia 2026 atau sekurang-kurangnya menunjukkan kemajuan dengan mara lebih jauh dalam pusingan kelayakan.
"Kalau tidak layak pun sekurang-kurangnya kita mahu semakin rapat (ke Piala Dunia), kita (pasukan negara) sekarang ranking ke-25 Asia, jadi pasukan (Asia) yang akan layak 8 + 1 (play off), jadi kita mesti berada dalam kedudukan ke-15 hingga ke-10 terbaik dan masa itu kita boleh berikan saingan.
"Kita perlu bergerak selangkah demi selangkah, tapi dengan kerjasama ataupun perancangan menerusi F:30 (Peta Hala Tuju) kita sudah ke arah tersebut dan kita perlu lahirkan lagi pemain tempatan berbakat," katanya.
Meskipun jurulatih bersilih ganti, Malaysia belum berjaya layak ke Piala Dunia dalam sejarah penganjurannya sejak 1930 apabila sering terkandas di pusingan kedua kempen kelayakan.
Sementara itu, Hamidin yang memegang jawatan Presiden FAM sejak 2018 mengharapkan peminat terus memberi pandangan membina dalam misinya mengangkat semula kegemilangan bola sepak tanah air.
Menurut beliau, peminat mempunyai hak untuk memberikan pandangan serta apa jua komen dan sebagai orang nombor satu FAM beliau sendiri meneliti apa yang disuarakan termasuk di media sosial.
Beliau berkata, ada dalam kalangan peminat mempunyai buah fikiran yang bernas dan ia akan diteliti.
"Saya berpendapat mana yang bagi pandangan faktanya salah saya ketepikan saja, tapi ada yang bagus saya arah pegawai untuk teliti kerana peminat termasuk penulis blog kita (tempatan) banyak orang muda yang pandai.
"Mereka buat perbandingan dengan liga luar negara, bagus buat perbandingan. Jadi saya kena timbang mana yang tak baik diketepikan, tapi ada yang bagus saya akan terima. Saya perlu terima (kerana) itu hakikat peminat untuk bercakap apa yang mereka mahukan," katanya - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Malaysia sedang meniti jalan untuk layak buat julung kali ke Piala Dunia dan memerlukan sokongan daripada semua pihak supaya pencapaian bersejarah itu mampu diraih, kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. - Gambar BERNAMA

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.

Kelayakan Piala Dunia 2026: China buat Indonesia berputih mata
Kedua-dua pasukan turun dalam aksi malam tadi mencari kemenangan bagi membuka peluang mereka untuk membawa cabaran ke peringkat seterusnya.

Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.

Jordan atasi Palestin, kutip tiga mata pertama kempen kelayakan Piala Dunia 2026
Penyerang Yazan Al-Naimat muncul wira skuad The Chivalrous Ones itu selepas meledak dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua.

"Saya tidak boleh bayangkan Ronaldo beraksi di Piala Dunia 2026" - Alex Ferguson
Ferguson percaya Ronaldo sudah memiliki segalanya sepanjang karier bola sepaknya.

Harimau Malaya daki tiga anak tangga, Thailand cecah 100 terbaik dunia
Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki tempat ke-135 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.

Walau tanpa pemain utama, Harimau Malaya mampu raih kemenangan besar - Pan Gon
Walau turun tanpa beberapa pemain, Malaysia masih mampu melakar kemenangan besar ke atas Taiwan dalam perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Messi tidak pasti mengenai penyertaan Piala Dunia 2026
Lionel Messi telah menimbulkan keraguan mengenai peluangnya untuk bermain di kejohanan utama ke-13 untuk Argentina pada Piala Dunia 2026.

Peluang Harimau Malaya cipta sejarah semakin tipis
Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya kekal di kedudukan ketiga saingan Kumpulan D dengan mengumpul tujuh mata.