Kegagalan kerajaan melaksanakan janji bukanlah satu dosa sekiranya mereka sudah mencuba sedaya upaya untuk merealisasikannya.
Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria berkata, jika tidak berusaha dan hanya berjanji, barulah itu dikira berdosa.
Katanya, kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengatakan kerajaan sedia menanggung dosa sekiranya gagal melaksanakan janji yang terkandung dalam manifesto PH pada PRU14 adalah kenyataan yang bersifat pengakuan bahawa beliau akan melaksanakan janjinya.
“Ini adalah satu kenyataan yang membuat pengakuan bahawa beliau (Dr Mahathir) akan melaksanakan janjinya, kalau beliau tidak melaksanakannya akan menanggung dosa.
“Dr Mahathir benar-benar mahu melaksanakan janjinya tetapi sekiranya tidak berjaya ia bukanlah satu dosa,” katanya kepada Sinar Harian.
BACA: Janji PRU Pakatan Harapan akan dilaksana - Dr Mahathir
Menurutnya, perlu dilihat dalam konteks usaha untuk merealisasikan janji yang dilafazkan.
Mengulas lanjut, Harussani berkata, harus diingat bahawa manusia hanya berusaha tetapi yang menentukan berjaya atau tidak itu bukan di tangan mereka.
Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, dalam Islam apabila berjanji harus tunaikan, tetapi sekiranya tidak mampu menunaikan janji apa boleh buat kerana ia di luar kemampuan batas manusia.
Katanya, dalam Islam dijelaskan juga apa yang berada di luar kemampuan seseorang manusia itu tidak dikira sebagai dosa.
“Kita sudah usahakan yang terbaik, memanglah asalnya janji mesti ditepati sedaya upaya tetapi setelah dicuba untuk menunaikan janji dan didapati tidak semua janji dapat ditunaikan dengan sebab yang tidak dijangka.
“ALLAH tahu bahawa manusia ada kelemahan dan pasti ada sebab kenapa manusia itu tidak mampu menunaikan janji itu,” katanya.
Menurutnya, serahkan pada ALLAH dan semoga Dia mengampunkan dosa di samping memberi jalan kepada kita supaya dapat usahakan lagi untuk menunaikan janji tersebut.
Beliau berkata, apa yang diharapkan setelah berusaha, ALLAH tidak akan mengatakan kita ini bersalah.
“Walaupun kita janji pada asalnya, tetapi kerana kita tidak jangka janji itu tidak dapat dilaksanakan dan mungkin ketika itu tidak nampak lagi masalah yang menghalang untuk menunaikan janji.
“Tiba-tiba ada benda yang menghalang. Minta ampun dengan ALLAH dan rakyat pun takkan tidak memahami apa yang telah diusahakan kerajaan untuk melaksanakan janji itu,” katanya.
Kelmarin, Dr Mahathir dalam kenyataannya berkata, kerajaan bersedia menanggung dosa sekira gagal melaksanakan janji yang terkandung dalam manifesto PH pada PRU14 lalu.
Katanya, kerajaan sedar bahawa ada banyak rintangan yang menyukarkan usaha untuk melaksanakan janji itu.
Menurutnya, selepas 70 hari PH membentuk kerajaan baharu sejak Mei lepas, dua daripada 10 janji tersebut telah dilaksanakan, enam lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksanakan.
Sinar Harian
Fri Jul 20 2018

HARUSSANI: Dr Mahathir benar-benar mahu melaksanakan janjinya tetapi sekiranya tidak berjaya ia bukanlah satu dosa. - Gambar fail

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Rakyat perlu mengundi, tidak mengundi boleh menjadi dosa - Abdul Hadi
Kengganan mengundi boleh menjadi dosa dalam konteks berdiam diri dalam perkara yang benar dan perkara yang salah.

Menikahi ulama sangat indah kata pelakon terkenal Bollywood Sana Khan
"Tidak pernah terfikir percintaan yang halal akan menjadi sesuatu yang indah sehinggalah menikahi kamu."

COVID-19: Tidak berdosa tinggalkan solat Jumaat jika tidak terpilih - Mufti Selangor
Mereka yang tidak terpilih menjadi 40 jemaah ini disebabkan langkah pencegahan diambil kerajaan bagi membendung COVID-19.

Jangan biadap dengan Tuhan - Amaran kepada yang gemar ponteng puasa
Mereka akan datang membuat pesanan makanan, yang kemudiannya dibungkus dalam plastik hitam, sebelum berlalu pergi.

Mufti Perlis 'sound' kadi yang suka buli pengantin sehingga terketar-ketar
Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan dalam akad nikah kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Azhar jangan hina Kelantan
Pengerusi SPR itu digesa lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan umum.

Masalah tidak berakhir dengan hanya pakai tudung - NUFAM
NUFAM bimbang bakal wujud stigma terhadap anak kapal yang menutup aurat sekiranya mereka juga diarahkan untuk menyajikan minuman beralkohol kepada penumpang.

'Jika tidak berusaha dan hanya berjanji, barulah berdosa' - Mufti Perak
Kegagalan kerajaan melaksanakan janji bukanlah satu dosa sekiranya mereka sudah mencuba sedaya upaya untuk merealisasikannya.

Ramadan seharusnya memadam api ketaksuban politik pasca PRU
Ketibaan bulan Ramadan sejurus selepas Malaysia melalui detik pilihan raya paling gempar, tentunya membawa rahmat tersendiri.