Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata berdasarkan pemantauan terkini, keadaan kurang hujan sudah bermula di utara Kedah dan Perlis dengan beberapa kawasan sudah tidak menerima hujan sejak beberapa minggu.
Katanya, jumlah paras air di empangan tertentu agak kurang berbanding biasa kerana negara sedang berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir Mac.
Beliau sekali gus menasihatkan orang ramai agar menjimatkan penggunaan air, berhati-hati melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya semasa tempoh cuaca panas dan kering.
"Secara klimatologi, tempoh akhir Monsun Timur Laut ini adalah tempoh kurang taburan hujan di seluruh negara kecuali di barat Sarawak dan Sabah.
"Dalam tempoh ini, ketiadaan hujan atau taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan keadaan cuaca yang agak kering terutama di negeri-negeri utara Semenanjung (Kedah, Perlis, dan utara Perak) serta utara Kelantan dan utara Terengganu di pantai timur," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Beliau turut berkata dalam tempoh itu, Kedah dan Perlis dijangka menerima defisit hujan antara 20 peratus hingga 40 peratus berbanding jumlah biasa dan keadaan ini dijangka berterusan hingga akhir Mac.
Jailan berkata pada Februari, Pulau Pinang, utara Perak, utara Kelantan dan utara Terengganu serta di timur Sabah dijangka mengalami defisit hujan antara 20 peratus hingga 40 peratus berbanding jumlah biasa.
"Semasa akhir Monsun Timur Laut dan semasa tempoh awal peralihan monsun iaitu antara bulan Februari dan pertengahan April, kebiasaannya negara juga akan mengalami cuaca yang agak panas terutama di utara Semenanjung (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak) serta di pedalaman Pahang dan Kelantan.
"Keadaan cuaca panas yang dialami di kebanyakan kawasan dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula akhir April dengan bermulanya fasa peralihan monsun yang membawa lebih banyak taburan hujan ke seluruh negara," katanya.
Jailan memaklumkan pihaknya sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan mengemukakan laporan kepada agensi-agensi berkaitan.
MetMalaysia turut mengemas kini status gelombang haba setiap hari dan petanya boleh diperoleh di laman web jabatan itu.
Beliau mengingatkan orang ramai agar peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 20 2020

Keadaan cuaca panas yang dialami di kebanyakan kawasan dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula akhir April. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Jimat penggunaan air semasa tempoh cuaca panas dan kering
Jumlah paras air di empangan tertentu agak kurang berbanding biasa kerana negara sedang berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut.

Penduduk bimbang paras air sungai di Gua Musang turun mendadak
Penduduk Kampung Kerinting berdekatan Sungai Ketil mendakwa mereka tidak pernah melihat paras air sungai itu secetek ini selama 30 tahun menghuni di situ.