Program Kebun Komuniti yang diperkenalkan di bandar bukan sahaja mendidik amalan berkebun secara berkesan tetapi ia juga dilihat mampu meningkatkan semangat kejiranan di kalangan komuniti setempat.
Amalan berkebun secara komuniti yang dilaksanakan di Pangsapuri Garnet Puchong Indah misalnya, turut membuka peluang kepada golongan muda untuk mempelajari kaedah berkebun seterusnya menyokong usaha kerajaan untuk menghijaukan kawasan di sekitarnya.
Kawasan penempatan ini mempunyai 70 tapak kebun komuniti yang berjaya dibangunkan bagi penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran termasuk terung, bendi, bayam dan cili.
Menurut penghuni pangsapuri ini, Intan Norfida, konsep kebun komuniti dapat menjimatkan kos perbelanjaan lebih RM50 seminggu dengan hanya berkongsi hasil tanaman antara rakan jiran.
"Bila ada kebun ini, saya mengenali beberapa penghuni dari blok pangsapuri ini. Kita akan berkumpul di kebun ini yang sebelum ini saya tidak pernah kenal mereka. Selain itu saya tidak pernah membeli beberapa sayur-sayuran seperti cili kerana sudah mencukupi untuk dimakan sekeluarga dan boleh berkongsi bersama-sama kawan," katanya.
Seorang lagi penghuni pangsapuri ini, Mohd. Rezal Hasshim berkata program yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu menjadi medan penduduk untuk berinteraksi serta berjumpa sekurang-kurangnya sebulan sekali ketika berkebun.
"Penduduk di sini semakin akrab semakin mengenali masing-masing. Kita pun maklum bahawa kawasan bandar macam ini kita hanya peduli diri sendiri namun bagi kami di sini dikatakan setiap minggu mungkin saya menipu, tetapi sebulan sekali kami akan ada di sini."
"Masing-masing akan berkumpul di sini dengan anak-anak dan yang penting sekali anak-anak kita boleh mempelajari cara dan teknik macam mana hasil tanaman sayur ini dihasilkan", katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Datuk Norhisham Ahmad Dahlan berkata program kebun komuniti diperkenalkan bagi menyokong usaha bandar hijau menjelang 2030.
Tambahnya lagi, MPSJ turut menyediakan tanah lapang dan benih pokok bagi menggalakkan masyarakat setempat untuk menyertai program komuniti kebun ini.
"Jadi kita menggalakkan bukan setakat Jawatankuasa Kebun Komuniti, kita bagi contoh kepada semua kawasan di Subang Jaya supaya mereka mempunyai makanan mencukupi seperti makanan cili api, terung, bendi. Mereka tidak payah lagi membeli dan ini boleh mengurangkan kos pembelian sayur-sayuran. Saya berpendapat jika mereka boleh buat usaha ini, ia boleh mengurangkan 50 peratus daripada membeli dari luar," katanya.
Setakat ini, terdapat 343 program kebun komuniti yang dikawal selia dan dilaksanakan di kawasan MPSJ.
Anthea Yap
Mon Nov 23 2015
![Jimat RM50 seminggu berkongsi hasil tanaman dengan rakan dan jiran Jimat RM50 seminggu berkongsi hasil tanaman dengan rakan dan jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41448241333_KebunKomuniti.jpg)
Kawasan penempatan ini mempunyai 70 tapak kebun komuniti yang berjaya dibangunkan bagi penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran. - Foto Astro AWANI
WHO: krisis kesihatan Gaza kritikal, kemudahan perubatan terhad
WHO mendedahkan sistem kesihatan Gaza lumpuh dengan hospital dan pusat kesihatan beroperasi sebahagian. Pihaknya gesa pembukaan Rafah diperluas bagi rawatan pesakit di Mesir.
Konflik Gaza: Israel serah Gaza kepada A.S setelah konflik berakhir – Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Khamis umum bahawa Israel akan menyerahkan Kawasan Gaza kepada Amerika Syarikat setelah konflik berakhir.
![ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738880899_TBaseanfootball.jpg)
ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang
Turun dalam aksi wajib menang, Miroslav Kuljanac memilih corak permainan bertahan berbanding tuan rumah yang mempamerkan corak menyerang.
![Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738879833_IsraelKatz.jpg)
Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."
![Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738724702_tbDonaldTrumpIsr.jpg)
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
![Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738880696_TBShweKokkocity.jpg)
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
![Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738879745_TBMarcelo.jpg)
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
![PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738880366_TBPGA.jpg)
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
![Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738879357_TBLisandroMartinez.jpg)
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
![MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738878458_TBmotogp.jpg)
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
![Astro AWANI menang anugerah liputan media elektronik terbaik MPSJ Astro AWANI menang anugerah liputan media elektronik terbaik MPSJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463659359_AstroAward.jpg)
Astro AWANI menang anugerah liputan media elektronik terbaik MPSJ
Ia diperolehi hasil laporan kebun komuniti memupuk hubungan masyarakat berkebun di bandar oleh Wartawan Anthea Yap.