KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan ujian integriti bagi menguji, menilai tahap integriti atau pematuhan pegawai dan anggota polis yang bertugas di lapangan khususnya melibatkan penugasan 'hotspot' bagi mengekang gejala rasuah.
Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata ujian integriti merupakan pemerhatian, pemantauan dan penyamaran yang melibatkan anggota serta pegawai polis menyamar sebagai orang awam.
Beliau berkata antara penugasan 'hotspot' adalah melibatkan penugasan di sekatan jalan raya, kereta peronda, unit rondaan bermotosikal dan pegawai penyiasat.
"Pelaksanaan ujian integriti ini mampu menutup ruang dan peluang berlakunya kes rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota polis di samping meningkatkan keyakinan masyarakat umum terhadap PDRM.
"Selain itu, dalam menangani isu rasuah ini, JIPS juga akan memperkasakan sistem kawalan disiplin dan dadah (SKDD) yang diperkenalkan sejak 1979," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya SKDD merupakan satu instrumen pengawalan dan penyeliaan yang bersistematik untuk memantau gaya hidup, pemilikan harta dan kegiatan negatif termasuk penyalahgunaan dadah, rasuah, judi, maksiat serta sebarang pelanggaran tata kelakuan lain.
Azri berkata sejajar dengan usaha itu, JIPS memantau pelaksanaan SKDD bagi memastikan warga PDRM menghindari kegiatan negatif sekali gus memelihara kewibawaan PDRM sebagai organisasi penguatkuasan undang-undang yang unggul dan dihormati.
"Usaha untuk menangani rasuah melibatkan pengukuhan integriti warga PDRM melalui pembangunan, pencegahan dan pemulihan dengan menumpukan pemerkasaan integriti dalam kalangan pegawai dan anggota polis melalui pendekatan kerohanian serta psikologi.
"JIPS mahukan pegawai dan anggota polis menjauhi rasuah bukan kerana takut kepada tindakan undang-undang dan peraturan tetapi takut untuk melakukan perkara itu kerana kesedaran sendiri (kawalan kendiri)," katanya.
Oleh itu, beliau berkata JIPS sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi bergabung idea merangka modul latihan pembangunan modal (integriti) terutama kepada pelatih-pelatih yang sedang mengikuti kursus asas kepolisan di pusat-pusat latihan polis.
Azri berkata JIPS juga memberi penekanan dan gerakan berterusan menerusi kursus, latihan dalam perkhidmatan serta program kerohanian kepada semua lapisan warga PDRM sama ada di peringkat petugas barisan hadapan mahupun pegawai pembuat keputusan.
"Ini termasuk memperluas elemen gerak kerja melalui latihan dan program pemulihan bagi pemulihan intervensi mengenai pengurusan kewangan dalam memerangi rasuah.
"Sasaran utama adalah kepada warga PDRM yang dikenal pasti mempunyai permasalahan secara berterusan termasuk pengurusan stres serta emosi dalam kehidupan seharian khususnya semasa penugasan," katanya.
Menurutnya usaha itu bagi memastikan konsep hukuman ke atas akauntabiliti penyelia atau ketua dipraktikkan secara tegas agar semua arahan dikeluarkan dipatuhi anak buah masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022

Azri berkata, JIPS juga memberi penekanan dan gerakan berterusan menerusi kursus, latihan dalam perkhidmatan serta program kerohanian kepada semua lapisan warga PDRM. - Gambar fail/BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu e-hailing OKU
Anggota polis pengiring yang memukul seorang pemandu e-hailing di lobi hotel baru-baru ini sedang disiasat oleh JIPS dari sudut tatatertib

Sarjan trafik disiasat, miliki wang tunai RM3,753 ketika SJR
Pemeriksaan dijalankan terhadap beberapa anggota trafik yang ketika itu sedang menjalankan tugas Op Alkohol kira-kira jam 2.30 pagi.

Polis Terengganu buka 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu membuka sebanyak 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023.

Tahanan wanita mati dalam lokap di Langkawi kerana radang paru-paru
Menurut JIPS, doktor mengesahkan punca kematian wanita itu adalah disebabkan pneumonia dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

JIPS siasat kematian tahanan wanita di Langkawi
Seorang wanita yang ditahan atas kesalahan dadah meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi pagi tadi selepas mengadu tidak sihat semalam.

Jangkitan paru-paru kronik punca lelaki mati dalam lokap di Pahang - Polis
Polis berkata bedah siasat itu turut tidak menemui sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

1,571 pegawai, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib tahun lepas
Antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan dan meminta imbuhan.

JIPS laksana ujian integriti kepada pegawai, anggota bertugas di lapangan
Ujian integriti ialah pemerhatian, pemantauan dan penyamaran yang melibatkan anggota polis menyamar sebagai orang awam.