KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan berhubung kes dadah meninggal dunia selepas mengadu sakit ketika proses dokumentasi di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Kedah, semalam.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata lelaki berusia 39 tahun itu telah ditahan semalam di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurutnya, semasa proses dokumentasi, Orang Kena Tahan (OKT) itu mengadu sakit dan pihak IPD menghubungi pihak hospital.
"Pegawai perubatan dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, hadir dan mengesahkan kematian.
"Bedah siasat dilaksanakan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada jam 10 pagi tadi dan ujian pengesanan COVID-19 ke atas OKT adalah negatif," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Azri berkata punca kematian belum dapat disahkan (pending laboratory investigations).
"Sementara menunggu keputusan makmal, kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,"katanya.
Menurutnya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan, JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata lelaki berusia 39 tahun itu telah ditahan semalam di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar fail/BERNAMA
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).

JIPS siasat kematian tahanan di IPD Kuala Muda
Seorang lelaki ditahan berhubung kes dadah meninggal dunia selepas mengadu sakit ketika proses dokumentasi di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Kedah, semalam.

Tiada sebarang kecederaan dikesan OKT mati mengejut dalam lokap di Kajang
Tiada sebarang kecederaan dikesan, hasil bedah siasat terhadap seorang lelaki warga tempatan yang mati mengejut dalam tahanan di lokap Balai Polis Kajang dekat sini, Rabu lepas.

Tahanan polis meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat COVID-19
Kematian seorang tahanan lelaki warganegara Myanmar di Hospital Tanah Merah, Kelantan awal pagi tadi disahkan adalah akibat jangkitan COVID-19.

Polis sahkan OKT mati mengejut dalam tahanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Johor Bharu semalam.

Satu daripada tujuh kes kematian OKT ada unsur jenayah - PDRM
Datuk Azri Ahmad, berkata daripada tujuh kes dilaporkan itu, empat membabitkan kematian di dalam lokap.