SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas kira-kira 30 kilogram (kg) dadah bernilai RM3.2 juta dalam dua operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA Terminal 2) dan zon bebas kargo KLIA di sini baru-baru ini.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Norlela Ismail berkata dalam operasi pada 16 Jun lepas, seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun ditahan ketika cuba mendaftar masuk sebuah kotak makanan miliknya di kaunter kira-kira 7.30 malam.
"Hasil pemeriksaan kotak makanan itu menjumpai 15 mampatan kristal putih disyaki dadah jenis ketamin yang telah diisi di dalam bungkusan teh.
"Bungkusan itu kemudian diletakkan ke dalam kotak makanan berlabelkan jenama mi segera dengan anggaran berat kasar 15.181 kg. Mampatan yang disyaki ketamin terbabit dianggarkan bernilai RM760,000," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata modus operandi memasukkan dadah di dalam bungkusan teh serta diletakkan di dalam kotak makanan digunakan sindiket bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Sindiket juga menggunakan kaedah self check in bagasi untuk mengedar dadah ke lokasi lain," katanya dan menambah lelaki berkenaan dalam perjalanan ke Miri, Sarawak.
Dalam operasi pada 19 Jun pula, Norlela berkata pihaknya menemukan satu kotak bungkusan kurier yang diikrar di kawasan Zon Bebas Kargo, KLIA Sepang sebagai Njoy Caramel Cubes.
"Hasil pemeriksaan rapi yang dijalankan terhadap kotak terbabit, pasukan telah menjumpai 15 termos berlabel Lavender 1000mL mengandungi pil-pil disyaki dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA).
"Anggaran kasar dadah ialah 14.663 kg. MDMA yang disita dianggarkan bernilai harga pasaran RM2.5 juta," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kotak bungkusan mengandungi dadah itu adalah dari negara Eropah dan dialamatkan ke sebuah syarikat.
"Kita sedang melakukan semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kebiasaannya syarikat yang dialamatkan tidak wujud," katanya.
Norlela berkata kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 39(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan akan dijatuhkan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dikenakan hukuman mati.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata JKDM turut menahan seorang warga asing kerana cuba membawa keluar mata wang hampir RM700,000 di KLIA Terminal 1 di sini pada 13 Jun lepas.
"Hasil pemeriksaan terhadap bagasi dibawa pengembara menemukan sejumlah mata wang Ringgit Malaysia pelbagai not berjumlah RM572,563 dan mata wang Dolar Singapura berjumlah SGD24,500 yang dimuatkan di dalam bagasi miliknya.
"Pengembara itu tidak membuat pengikraran terhadap amaun tunai yang hendak dibawa keluar dari Malaysia dan melanggar Peraturan 55(1)(b) Peraturan Kastam 2019.
"Peraturan berkenaan menyatakan pengembara yang ingin membawa keluar amaun tunai dan instrumen boleh niaga pembawa keluar dari Malaysia untuk mengikrarkannya menggunakan Borang Kastam No. 7 sekiranya amaun tunai atau instrumen boleh niaga pembawa melebihi atau bersamaan nilai US$10,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Norlela Ismail (dua, kanan) menunjukkan dadah yang disorokkan dalam bungkusan teh ketika sidang media hari ini. - Foto Bernama
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.

Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.

JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.

Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.

JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.

Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.