MELAKA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menumpaskan enam kegiatan penyeludupan kereta mewah, minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan RM5.84 juta di Melaka dan Johor, sepanjang Januari lepas.
Pengarah JKDM Melaka Nadzri Che Ani berkata dalam enam serbuan berasingan itu juga, sebanyak tiga individu warga tempatan termasuk seorang wanita berusia 30-an hingga 50-an ditahan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kejayaan terbesar melibatkan rampasan 3.81 juta batang rokok seludup jenama Double Happiness, Canyon dan Zon King bernilai RM2.85 juta termasuk cukai di sebuah gudang di kawasan perindustrian di Ulu Tiram, Johor pada 29 Jan lepas.
"Serbuan di gudang berkenaan dilakukan pada 7 malam selepas pasukan yang membuat intipan dan risikan mendapati wujud pergerakan keluar masuk barang kes oleh sindiket terlibat bermula 10 pagi hari sama.
"Ketika serbuan dilakukan, tiada individu atau pekerja dikesan berada dalam gudang berkenaan manakala rokok seludup itu disimpan dalam kotak yang dibalut dengan plastik hitam dan disimpan dalam beberapa bilik di premis itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya sedang mengesan pemilik dan penyewa gudang berkenaan bagi membantu siasatan lanjut namun tidak menolak kemungkinan premis itu dijadikan stor penyimpanan rokok seludup untuk dipasarkan di sekitar kawasan selatan tanah air khususnya Johor.
Katanya rokok seludup berkenaan juga dipercayai dibawa masuk dari negara jiran kerana mendapat permintaan tinggi daripada pembeli.
Nadzri berkata berkata rampasan kedua terbesar juga melibatkan 2.78 juta batang rokok seludup jenama 'Double Happiness' melibatkan nilai termasuk cukai berjumlah RM2.23 juta.
Beliau berkata rampasan membabitkan rokok seludup berkenaan yang dibawa menggunakan sebuah lori itu dilakukan di Jalan Kluang-Kota Tinggi, Johor pada 28 Jan lepas.
"Dalam rampasan ini, pemandu lori berusia 50-an gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan dagangan yang juga disimpan dalam kotak dan dibalut plastik hitam dan dia ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
"Kita juga sedang menyiasat sama ada dua kes berkenaan mempunyai kaitan atau rangkaian sindiket penyeludupan yang sama," katanya.
Beliau berkata selain rampasan rokok, sebuah kereta mewah jenis Porsche Panamera dipercayai diseludup dari Singapura turut dirampas di sebuah rumah berpagar di Jasin di sini kira-kira 12.30 tengah hari pada 18 Jan lepas.
Katanya kereta putih tanpa nombor pendaftaran dan cukai jalan yang dianggarkan bernilai RM286,000 termasuk cukai itu ditemukan semasa serbuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024

Sebuah kereta mewah dipercayai diseludup dari Singapura turut dirampas di sebuah rumah berpagar di Jasin. - Gambar/ Sinar Harian

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penyeludupan migran warga Indonesia tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan migran warga Indonesia menerusi satu operasi khas di sekitar Kajang.

JKDM nafi Ketua Pengarah campur tangan kes seludup kenderaan mewah di Sarawak
Bahagian XII Akta Kastam 1967 menjamin hak untuk Pegawai Penguatkuasaan JKDM untuk jalankan tugas tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.

Pemandu lori ditahan cuba seludup karkas babi lebih RM200,000
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan karkas babi bernilai RM204,800 selepas menahan seorang pemandu lori di Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di sini hari ini.

Sindiket penyeludupan boleh bertindak agresif - Polis Marin
Tindakan sindiket penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand yang boleh bertindak agresif sehingga sanggup mengancam keselamatan pihak berkuasa tidak boleh dipandang remeh.

SPRM, JKDM, LHDN lumpuhkan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang
Sindiket didalangi warga asing itu sudah 10 tahun beroperasi, dengan nilai ketirisan dianggar sekitar RM3.5 bilion

Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta
JKDM Melaka menumpaskan dua kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan bernilai hampir RM12.8 juta termasuk cukai di sekitar Johor pada Februari dan Mei.

Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.

Op Samba 2.0: 10 penjawat awam disyaki terima rasuah lebih RM3 juta direman
Mereka disyaki menerima rasuah lebih RM3 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.

SPRM sita 8 kenderaan mewah sindiket penyeludupan arak, rokok
SPRM menyita lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik suspek yang dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok.