Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berhasrat untuk meningkatkan kualiti laluan khas penunggang motosikal agar kemudahan itu lebih selamat dan selesa digunakan.
Ketua Pengarahnya Datuk Rosli Isa berkata jabatan itu bersama beberapa agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan berbincang untuk memastikan kemudahan itu memberi manfaat kepada golongan itu.
"Kajian sebelum ini mendapati antara punca pengguna motosikal enggan menggunakan laluan khas itu adalah jalan yang berlubang atau pecah, laluan sempit, terlalu gelap pada waktu malam dan ancaman berlaku jenayah disamun terutama di dalam terowong.
"Faktor jalan itu ditutup akibat projek berhampiran laluan juga menyebabkan pengguna motosikal memilih untuk menggunakan jalan biasa," katanya ketika menjadi tetamu program temu bual Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini pada Isnin.
Rosli berkata perkara itu menjadi fokus jabatannya kerana infrastuktur sudah tersedia dan ia sepatutnya memberi manfaat kepada pengguna motosikal yang berperanan membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya membabitkan golongan itu.
Mengikut statistik bagi tahun 2017, sebanyak 6,740 kemalangan yang melibatkan kematian di jalan raya direkodkan dengan lebih 60 peratus atau 3,991 daripadanya membabitkan pengguna motosikal.
Sementara itu, Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang yang turut menjadi tetamu dalam program itu mencadangkan penunggang motosikal hanya dibenarkan menggunakan lorong paling kiri di jalan raya.
"Kita hadkan pengguna motosikal untuk menggunakan lorong paling kiri, jika tiada laluan khas motosikal. Cadangan lain termasuklah mengurangkan had kelajuan motosikal kepada 70 km sejam dan ke bawah, supaya mereka tidak memecut dan bersaing serta mencelah-celah dengan kenderaan lain," katanya.
Tambahnya, penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup berkesan kerana pendidikan dan kesedaran juga perlu diterapkan agar masyarakat lebih menghargai nyawa dan mematuhi peraturan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 28 2019

Mengikut statistik, sebanyak 6,740 kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian direkodkan pada 2017 dengan lebih 60 peratus atau 3,991 daripadanya membabitkan pengguna motosikal. - Gambar hiasan

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

JKJR berhasrat tingkatkan kualiti laluan khas motosikal
Jabatan itu bersama beberapa agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan berbincang memastikan kemudahan itu memberi manfaat.

Menteri arah MIROS, JKJR kaji keadaan jalan raya bagi elak kemalangan
Menteri Pengangkutan berkata selain melakukan penelitian terhadap kecuaian manusia dan faktor fizikal jalan raya turut diambil kira.

Tayar celup: kenderaan berat guna 'roda pembunuh'
Pemilik kenderaan berat dilihat gemar menggunakan tayar celup tanpa kelulusan SIRIM Berhad kerana ia lebih murah berbanding tayar pneumatik baharu yang boleh mencecah sehingga RM2,000 sebiji.

Kes kemalangan maut di Kuala Lumpur masih rendah - JKJR
Indeks kes kemalangan maut di Kuala Lumpur masih rendah berbanding bandar-bandar utama lain di seluruh dunia, kata Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kuala Lumpur, Nordin Harun.