KUALA LUMPUR:JAWATANKUASA Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) bersetuju supaya Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) bersama Menteri-menteri Kanan, Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memperhalusi garis panduan pengeluaran surat sokongan oleh anggota pentadbiran.
Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, ia sebagai langkah untuk memantapkan integriti dan tadbir urus anggota pentadbiran berkenaan.
Mesyuarat juga bersetuju dengan dua syor Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menambah baik tatacara dan kaedah penilaian tender melalui peningkatan integriti maklumat dalam memastikan keberkesanan penilaian tender iaitu mengadakan satu usahasama di antara JKR, dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menggunakan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data agensi bagi tujuan penilaian tender dan menguatkuasakan syarat bon tender bagi tender tertentu kerajaan.
Selain itu, bagi memantapkan proses tatatertib dalam perkhidmatan awam, mesyuarat bersetuju satu perbincangan diadakan di antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Jabatan Peguam Negara bagi membolehkan Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LSPRM) dan Laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (LSEAIC) dijadikan sebagai keterangan dalam prosiding tatatertib.
Ia bertujuan meningkatkan keberkesanan tindakan tatatertib yang diambil oleh jabatan-jabatan. Ini termasuk menjadikan Pemantauan Status Maklum Balas Laporan SPRM dan Laporan EAIC sebagai satu agenda tetap dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Kebangsaan/ Negeri/ Jabatan.
Pada masa sama, JKKMAR juga bersetuju agar satu kajian komprehensif berkaitan Pengwujudan Peruntukan Undang-Undang Baharu berkenaan Perjanjian Penangguhan Pendakwaan (Deferred Prosecution Agreement) secara bersama oleh Jabatan Peguam Negara dan SPRM berkaitan peruntukan Liabiliti Korporat.
"Kajian bagi melihat mekanisme dan penanda aras bagi suatu organisasi komersial yang telah dipertuduh di bawah Sek 17A (4) ASPRM," kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan selepas Mesyuarat JKKMAR Siri 13 Bilangan 3 Tahun 2020 secara sidang video yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.
Selain itu, bagi meningkatkan integriti Setiausaha Politik (SUPOL), JKKMAR turut bersetuju dengan syor GIACC supaya diwujudkan Kod Tugas dan Fungsi Setiausaha Politik sesuai dengan objektif pelantikan mereka dalam membantu menguruskan hal ehwal berkaitan urusan politik sahaja.
"Oleh itu, bagi melengkapkan peningkatan integriti dalam proses sokongan, Arahan Perdana Menteri berkaitan Kod Tugas dan Fungsi SUPOL ini dapat menyempurnakan arahan terdahulu yang telah dikeluarkan khusus untuk pegawai kerajaan," kata kenyataan lagi.
Mesyuarat selain itu, bersetuju dengan syor Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk melaksanakan Program Authorized Economic Operator (AEO) di peringkat nasional.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan Program AEO bertujuan meningkatkan pematuhan industri, keselamatan dan fasiliti perdagangan di sempadan yang membabitkan urusan import eksport.
"Pada pembentangan Belanjawan 2021 lalu, kerajaan telah mencadangkan pelaksanaan program AEO oleh JKDM dengan pembabitan jabatan, agensi pengawal atur dan penguatkuasaan bagi memberi kemudahan pelepasan kargo berisiko rendah.
"Dalam masa yang sama semua agensi berkenaan dapat meningkatkan keberkesanan kerja dengan memberi penumpuan pemeriksaan terhadap kargo yang berisiko tinggi. Antara lain ia juga dapat mengurangkan isu-isu rasuah dan ketirisan hasil kerajaan. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) juga telah bersetuju dengan peruntukan sebanyak RM3.3 juta setahun bagi merealisasikan program AEO secara bersepadu di peringkat nasional," katanya.
Mesyuarat turut mengambil maklum mengenai usaha menyebar luas aspek governans, integriti dan antirasuah melalui promosi dan publisiti media yang akan dipergiatkan berdasarkan konsep normal baharu.
Sebanyak tujuh kertas mesyuarat telah dibincangkan dan dimaklumkan kepada ahli-ahli JKKMAR, fokus kepada inisiatif-inisiatif untuk menambah baik governans dan integriti dalam memerangi rasuah sepertimana yang telah digariskan dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP).
Kenyataan Media
Thu Nov 19 2020

JKKMAR bersetuju GIACC bersama Menteri-menteri Kanan, Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Peguam Negara dan SPRM memperhalusi garis panduan pengeluaran surat sokongan oleh anggota pentadbiran.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

SPRM 'terikat' jika di bawah Parlimen, hanya tanggapan semata-mata - Rais
Rais berkata ini berikutan JKKMAR sudah boleh menyoal atau membawa sebarang usul dan cadangan bagi menambah baik agensi berkenaan.

JKKMAR setuju garis panduan surat sokongan anggota pentadbiran diperhalusi
JKKMAR bersetuju GIACC bersama Menteri-menteri Kanan, Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Peguam Negara dan SPRM memperhalusi garis panduan pengeluaran surat sokongan oleh anggota pentadbiran.

JKKMAR setuju garis panduan permohonan lesen dipapar secara dalam talian
Langkah itu bertujuan mewujudkan mekanisme lebih telus dalam proses pengurusan permit dan lesen.

Guna kamera pada badan pegawai elak salah laku - Tun M
Kerajaan setuju laksana penggunaan kamera badan pada pegawai penguat kuasa seperti polis, imigresen dan kastam bagi menangani kes salah laku pegawai, kata Perdana Menteri

Akta Kebebasan Maklumat ganti Akta Rahsia Rasmi - Dr Mahathir
JKKMAR yang bermesyuarat hari ini bersetuju secara prinsip bahawa tempoh masa yang mencukupi harus diberikan kepada proses penggubalan undang-undang itu.

IPCMC: Anggota polis tak bersalah tak perlu khuatir - Dr Mahathir
Perdana Menteri memberi jaminan demikian sambil melahirkan rasa syukur isu bantahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap penubuhan IPCMC berjaya diselesaikan.

Zeti bakal terajui jawatankuasa khas tadbir urus korporat
Antara inisatif utama adalah untuk mewujudkan kaedah tapisan keutuhan bagi pemilihan pengurusan tertinggi dalam entiti berkepentingan kerajaan.

Barangan masuk melalui kastam perlu diperiksa sepenuhnya - PM
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata barangan yang dibawa masuk melalui Kastam perlu diperiksa sepenuhnya bukan secara rawak.

100 hari Kerajaan Pakatan Harapan: 17 inisiatif integriti, antirasuah dilaksana
Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk melaksanakan 17 inisiatif yang berkaitan dengan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam tempoh 100 hari pertama.